Sunday, October 7, 2012

Analisis Teknikal & Fundamental Harga Emas





Analisis Fundamental

Baru-baru ini sebaik sahaja pengumuman mengenai pelaksanaan Quantitative Easing untuk kali yang ketiga (QE 3), Para pelabur di pasaran Wall Street dilaporkan bertindak menjual pegangan saham mereka kerana tindakan itu menyebabkan Wang Dollar ditambah cetak sekaligus bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi atau penyusutan kuasa beli sebarang transaksi yang menggunakan matawang USD.
http://pelaburjutawan.com
Kenaikan kadar inflasi bermakna akan berlakunya kenaikan harga barangan, sekaligus akan menyebabkan berlakunya kelembapan sistem ekonomi kerana pengguna akan berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan mereka.
Lalu Pelaburan dalam saham agak kurang menguntungkan kerana perniagaan syarikat yang disenaraikan dalam bursa akan menerima kesan buruk dari tindakan pengguna yang mengurangkan perbelanjaan tadi.
Disebabkan kuasa beli dollar semakin menyusut, para pengguna tidak mahu membuat simpanan dalam bentuk tunai, dan mereka memilih simpanan dalam bentuk aset yang mudah cair iaitu “Precious Metal” dan pilihan utama mereka adalah Emas dan Perak.
Situasi ini akan menyebabkan kenaikan permintaan keatas kedua-dua komoditi ini dan ianya telah dijangka oleh para pelabur yang melepaskan atau menjual belian saham mereka sebelum ini, lalu para pelabur ini akan segera membuat pelaburan baru dalam sektor pelaburan komoditi iaitu Emas dan Perak tetapi dalam bentuk ETF atau Exchange Traded Fund (paper and silver gold).
Perubahan tindakan ini telah menyebabkan lonjakan harga emas dan perak secara mendadak dan dijangka berterusan sehingga tahun 2015 kerana QE3 akan berlangsung spanjang tempoh ini.
Perhatikan Impak Quantitative Easing 1, 2 dan impak awal QE3 kepada harga Emas.
QE 1, 2 3
Dan seperti yang kita sedia maklum, corak pergerakan harga emas pada tahun ini adalah menyamai corak pergerakannya pada tahun 2008 disebabkan situasi krisis ekonomi yang melanda pada ketika itu dan juga tindakan Federal Reserve menanganinya melalui Program QE 1 dan QE 2.
Perhatikan dibawah ini,
QE1
Hampir serupa dengan corak pergerakan harga yang diatasnya kan? jadi jika mengambilkira posisi harga Emas sekarang yang menyamai posisi harganya pada hujung tahun 2008, adakah paras harga sekarang sudah cukup tinggi?
Mungkin anda perlu mempertimbangkannya semula kerana pada saya harganya amat berpotensi untuk lebih tinggi lagi pada tahun 2015 nanti, iaitu 3 tahun dari sekarang sama sebagaimana kenaikannya bermula pada tahun 2009 hingga 2011 iaitu sama seperti graf harga yang diatasnya juga.

Analisis Teknikal

Sepanjang 3 tahun bermula dari QE 1 dijalankan sehingga berakhirnya QE 2, harga emas telah melonjak naik sekitar 180%, dan sekiranya peratus kenaikan yang sama berlaku kepada harga emas ketika ini iaitu selepas ia berjaya melepasi paras harga tertingginya sekitar $1925/oz, maka destinasi harga emas seterusnya adalah sekitar $5,000/oz dan angka tersebut sememangnya angka yang sering disebut-sebut oleh pakar ekonomi di seluruh dunia dan ternyata ia sangat realistik.
analisis emas
Mengapa saya begitu optimis dengan potensi kenaikan yang berterusan bagi tempoh selama 3 tahun yang akan datang?
Diantaran sebab utama adalah kerana Program QE 3 akan berjalan sepanjang tempoh tersebut, dan seperti yang kita perhatikan kesan dari QE 1 dan QE 2, harga emas terus naik dan naik selama tempoh program itu dijalankan.
Dan yang dibawah ini adalah Trend pergerakan yang akan dilalui oleh harga Emas sepanjang tempoh 3 tahun ini, dan paras harga yang paling hampir untuk dicapai adalah sekitar $2200-$2300/oz sekurang-kurangnya menjelang pertengahan tahun 2013.
Jangkaan kenaikan harga emas
Semoga anda tidak lagi mengabaikan peluang berpotensi ini sepertimana peluang-peluang yang saya kongsikan sebelum ini ya..!
Saya adalah seorang Pelabur Emas dan Perak fizikal sepenuh masa sejak 3 tahun yang lalu, dan bidang ini adalah skop kepakaran saya dimana saya sendiri memberikan tumpuan sepenuhnya setiap masa, jadi penelitian saya mengenai risiko dan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding pelabur yang menjadikan pelaburannya sebagai sumber sampingan dan bukan profession utamanya.
pelaburjutawan.com

Secara mudahnya, Analisis Fundamental berperanan memberikan gambaran mengenai andaian situasi ekonomi semasa pada masa hadapan berdasarkan data dan dasar ekonomi semasa, ia sekaligus membantu untuk memberikan jangkaan mengenai halatuju pergerakan harga Emas pada masa yang akan datang dalam tempoh waktu yang lebih panjang.
Manakala Analisis Teknikal pula untuk membantu anda menjangka paras-paras harga yang berpotensi dicapai hasil analisa Fundamental sebelumnya, sebagai contoh jika Analisis Fundamental memberikan gambaran positif mengenai kenaikan harga emas, Analisis Teknikal pula berperanan menentukan kenaikan yang dijangkakan itu sehingga ke paras harga berapa? jika ia turun seketika sehingga ke paras harga berapa? dan yang seumpamanya. Justeru, Analisis Teknikal memerlukan kepada data prestasi lampau pergerakan harganya yang akan digunakan sebagai paras-paras harga Sokongan (Support) dan Rintangan (Resistance).
Kesimpulannya,
Analisis Fundamental Harga Emas -
Mendorong berlakunya peningkatan “Demand” sekaligus menyokong kenaikan harga - POSITIF
Analisis Teknikal Harga Emas -
Menunjukkan Trend pergerakan menaik dan selaras dengan jangkaan Analisis Fundamental - POSITIF
Bermakna, tiada sebarang faktor yang menghalang untuk harga emas terus naik, naik dan naik, bermakna, pada kebanyakan masa anda akan sering melihat kekerapan pergerakan harga emas menaik, berbanding pergerakannya menurun. Jadi apakah langkah yang perlu anda lakukan seterusnya?
Untuk langkah berikutnya, sila KLIK pada gambar dibawah ini.
http://pelaburjutawan.com


kredit :  http://pelaburjutawan.com/analisis-teknikal-fundamental-harga-emas/

50,000 pelabur emas terjerat

pelaburan emas genneva syariah
Kuala Lumpur: Lebih 50,000 pelabur sebuah syarikat pelaburan dan perdagangan emas terjerat apabila tiga pejabat Genneva Malaysia Sdn Bhd di Jalan Kuchai Lama di sini, diserbu pihak berkuasa, petang semalam.
Syarikat itu difahamkan sudah terbabit dalam perdagangan emas membabitkan lebih RM5 bilion sejak 2007. Serbuan dibuat Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 2 petang.

Serbuan serentak turut dilakukan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura ke atas Genneva Pte Ltd di republik itu.
Dalam serbuan di sini, pihak berkuasa merampas beratus-ratus kotak berisi dokumen urus niaga membabitkan transaksi jual beli emas, komputer, kepingan emas dan sejumlah wang tunai.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram Mengikut laporan sebelum ini, orang kenamaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli perniagaan adalah antara pelabur syarikat berkenaan.
Menurut kenyataan bersama dikeluarkan semua agensi terbabit dalam operasi itu semalam, syarikat berkenaan diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh semua agensi berkenaan.
Sementara itu, sumber berkata, siasatan sedang dibuat sama ada syarikat pelaburan emas yang menggunakan nama sama di Singapura ada kaitan dengan operasi Genneva di Malaysia.
Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan aduan diterima daripada orang ramai berhubung aktiviti syarikat itu.
Sumber itu memberitahu BH, syarikat berkenaan mula beroperasi sejak 2007 dan ketika itu didaftarkan sebagai Genneva Sdn Bhd serta pernah didakwa pada 2009.
“Selepas didakwa, syarikat itu didapati menukar namanya pada tahun lalu untuk meneruskan kegiatan mereka.
“Bank Negara dan semua agensi yang terbabit dalam serbuan ini (semalam) sedang menjalankan siasatan mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya.
Sementara itu, sehingga jam 10 malam tadi, beratus-ratus pelanggan Genneva Malaysia berkumpul di hadapan pejabat syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, kehadiran polis berjaya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

kredit :  http://pelaburjutawan.com/50000-pelabur-emas-terjerat/

Gadaian Arrahnu Public Gold


Public Gold Group selaku pelopor dan peneraju terbesar platform pelaburan emas dan perak secara fizikal di Malaysia telah bekerjasama dengan Koperasi Dagangan Emas Bhd (KDE) untuk menerima gadaian Emas dan Perak.
Nilai gadaian (Nilai Marhun) adalah berdasarkan harga semasa produk emas dan perak Public Gold pada ketika gadaian dilakukan dan ianya dikira dari harga PG Sell produk tersebut.
Bagi setiap produk emas margin pinjaman tunai yang ditawarkan adalah 70% dari harga PG Sell bagi setiap jenis produk yang digadaikan.
Bagi setiap produk perak pula margin pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak 50% dari harga PG Sell produk yang digadaikan.
Upah simpan bulanan yang dikenakan adalah 1% sebulan, dan tempoh gadaian adalah selama 6 bulan + 2 bulan + 2 bulan.
Ini adalah satu-satunya Arrahnu yang menerima Perak sebagai gadaian, dan tidak mustahil jika selepas ni Public Gold akan mengadakan promosi X-Plan untuk produk Perak pula.
pelaburjutawan.com
Apakah kaitan diantara Pelaburan Emas dengan Gadaian Emas?
Gadaian Emas diperlukan bagi tujuan mendapatkan wang tunai sebagai modal untuk membuat belian tambahan, dimana gabungan diantara keduanya jika diurus dengan baik dan sistematik akan ;
-Mengoptimumkan Keuntungan Pelaburan Anda
-Mempercepatkan Tempoh Masa Meraih Keuntungan
-Merendahkan Risiko Kerugian
Bagaimanakah Cara Terbaik untuk menggunakannya?
Ianya paling efisyen digunakan pada ketika berlakunya penurunan harga emas.
Bagaimanakah Cara Terburuk untuk menggunakannya?
Bila gadaian dan belian semula tidak dirancang dengan baik dan sistematik. Ianya menyebabkan Emas habis digadai, bebanan bayaran upah berterusan dan tiada sebarang keuntungan yang berjaya dicapai.
Diantara faktor utama yang menyebabkan saya memilih Pelaburan Emas secara fizikal berbanding Pelaburan Emas dalam bentuk Akaun Simpanan Emas seperti GIA Public Bank, GSPA Maybank dan yang seumpamanya adalah kerana ianya boleh memberikan kemudahan penggunaan tunai apabila ia digadaikan.
Kadar Spread yang rendah + kemudahan tunai menggunakan Emas fizikal sebagai cagaran akan memberikan peluang keuntungan berganda pada setiap kali berlaku penurunan harga Emas di pasaran antarabangsa.
kredit : http://pelaburjutawan.com/gadaian-arrahnu-public-gold/

Monday, August 27, 2012

Wajarkah Berhutang Untuk Membuat Pelaburan Emas Fizikal?

pelaburjutawan.com
Hasil kajian di malaysia, peratusan individu yang gagal melunaskan hutang disebabkan kerugian dalam pelaburan ternyata berada di tangga yang paling rendah, dengan kadar peratusan yang dicatatkan hanya 2%…
Tetapi amat menghairankan apabila kadar risiko kerugian yang paling rendah inilah yang paling ditakuti oleh semua orang..
Sedangkan aspek pengurusan kewangan yang ternyata paling banyak menyebabkan kerugian pula tidak pernah diendahkan..
Ironinya, diantara faktor terbesar kegagalan dalam pengurusan kewangan adalah berpunca dari keengganan seseorang individu itu untuk merancang pelaburan bagi menggandakan wang yang sedia ada…
Dimana keuntungan dari pelaburan itu lah sebenarnya yang akan membantu meningkatkan simpanan tunai mereka untuk kegunaannya di masa hadapan…
Kita seringkali membimbangi sesuatu yang sebenarnya tidak seharusnya dibimbangkan, sehinggakan kebimbangan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, melebihi kebimbangan kalau-kalau kehidupan kita langsung tidak akan berubah menjadi yang lebih baik..

kredit = http://www.pelaburjutawan.com

Panduan Mengira Harga Emas

Harga emas

Harga Emas di pasaran antarabangsa didagangkan dalam matawang US Dollar, dengan berat asas dagangannya “Troy per oz”.
Troy per oz adalah unit untuk semua jenis logam berharga (precious metal), dimana untuk setiap 1 Troy per oz bersamaan 31.1gram.
http://pelaburanemas.com.my/

1 Troy per oz = 31.1gram

Sebagai contoh, jika harga emas di pasaran antarabangsa $1623 per oz, bermakna harga emas ketika ini adala 1,623 Us Dollar untuk setiap 1 Troy auns.
Untuk mendapatkan harga dalam RM bagi setiap gram, pengiraannya seperti berikut:
1. Dapatkan harganya untuk setiap gram dahulu, caranya adalah;
Harga Sekarang ÷ Berat 1 troy oz dalam gram = Harga 1 gram emas dalam USD.
http://pelaburanemas.com.my/
$1,601.05 ÷ 31.1 = $51.48
2. Kira kadar pertukaran harga 1 gram emas dalam matawang Dollar tadi kepada RM, caranya;
http://pelaburanemas.com.my/
$51.48 x RM3.1310 = RM161.18 (Harga 1 gram emas di pasaran antarabangsa).
Untuk makluman, harga yang diatas adalah harga asas dagangan atau dikenali sebagai “Harga Spot”, dan ianya tidak merangkumi kos-kos sampingan yang terlibat bagi menghasilkan emas dalam bentuk fizikal.
Contohnya, katakan syarikat ABC adalah penjual emas, dan mereka membeli bekalan mentah emas daripada pengeluar pada harga spot antarabangsa iaitu RM161.80 segram.
Kemudian, mereka memprosesnya menjadi Emas berbentuk Gold Bar dengan kos yang terlibat untuk semua proses dari awal sehingga siap untuk setiap gram adalah sekitar RM13.00 bersamaan pertambahan kos sebanyak 8% dari harga kos asal bahan mentah. Kos tambahan ini juga dikenali sebaga “Kos Premium”.
Bermakna, mereka akan menjual emas itu kepada pelanggan pada harga:
Harga Spot + 8% ( kos premium)
RM161.80 + RM13.00 = RM174.80 segram
*Biasanya di kedai emas, mereka mengenakan tambahan sehingga 25% sebagai kos premium mereka, membuatkan harga jualannya lebih tinggi.
Tetapi bila mereka membeli semula dari pelanggan, mereka hanya akan mengambilkira harga asal barang mentah sahaja iaitu harga Spot Price, menyebabkan untuk semua beliam balik emas yang dijualnya akan dikenakan potongan harga atau susut nilai sehingga 25% juga.

kredit
http://www.pelaburjutawan.com/mengira-harga-emas/
Hati2 dengan SKIM Pelaburan EMAS yg telah di keluarkan oleh BANK NEGARA MALAYSIA
sila buat semakan bila nak melabur


sumber www.bnm.gov.my/documents/2012/Senarai_nama_entiti_dan_laman_sesawang_n.pdf










Sunday, June 10, 2012

Belilah Emas sekarang

Anda dah mula beli Emas? kalau belum beli, baik anda beli sekarang! Bandingkan harga Emas sekarang ini dengan posting saya sebelum ini DI SINI.

Graf yang saya post sebelum ini
Graf Harga Sekarang, Harga Emas melonjak naik 3.25% pada Jumaat lepas
Jika anda perhatikan, harga Emas sekarang ini sedang membentuk Chart Pattern yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008, ketika berlakunya krisis Sub Prima di Amerika, dan untuk tahun ini Pattern yang sama terbentuk disebabkan oleh krisis Zon Euro.

Pattern yang dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu "Continuation Pattern", dan kebiasaannya harga akan gagal kira2 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira2 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.

Selepas percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 masih gagal, maka sekarang ini harga terus naik semula dan dijangka akan melepasi garisan merah condong diatasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.

Dan biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.

Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk. Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 - 2010 iaitu kenaikan sekitar 180% dengan kemungkinan pendakian sehingga ke tahun 2015.

kredit: http://www.pelaburjutawan.com/

Mana satu pilihan emas anda???

Kita ambil contoh harga emas hari ini (27May2012)

katakan kita ada RM10k?20k?30k? atau tak kisah la brapa ratus ribu pon bajet kita, tapi masih confuse nak pilih yang mana satu emas? yang mana satu boleh bagi keuntungan yang lebih baik?
Dah jadi lumrah, kita mesti nak keuntungan semaksima yang mungkin dan secepat yang boleh..betui dak?
Tips 1: (Mahal/murah)
Kalau kita lihat pada harga emas di atas,
10gram = RM 1740.00 (174.00/gram) dan 100gram pula RM17,076.00 (RM170.07/gram)
secara tak langsung, lagi besar saiz emas tu, maka lebih murah la harga dia.
Tips 2: (Spread)
Kalau dilihat pada spread pula (perbezaan harga PG Sell dan PG Buy)
10gram = RM1740.00 (PG Sell) dan RM1601.00 (PG Buy) = Perbezaan sebanyak 8%
100gram = RM17,076.00 (PG Sell) dan RM16222.00 (PG Buy) = Perbezaan sebanyak 5%
Sekali lagi, jelas, semakin besar saiz emas tersebut, semakin kecil perbezaan harga jual dan belinya, jadi, secara tak langsung, kita dapat memaksimakan keuntungan tersebut!
Jom tengok contoh jadual dibawah (cth harga 27May2012,ahad)

Katakan selepas suatu masa, harga emas naik sebanyak 10% daripada harga emas pada 27may2012. Kita dapat lihat, keuntungan bagi emas yang bersaiz besar lebih menguntungkan. Betui dak??
Jadi, kepada pelabur2 diluar sana, buatlah pilihan bijak, tetapkan matlamat terlebih dahulu, set target anda! Setiap orang mungkin mempunyai target yang berbeza.
Yang menariknya, jika anda menjadi dealer, keuntungan yang anda perolehi adalah lebih tinggi daripada yang tercatat dalam jadual tersebut!
tips 3: Jadi dealer
Sebagai dealer, anda layak untuk mendapat komisen sebanyak 1% bagi setiap pembelian daripada PG, dan 0.5% bagi setiap jualan balik kepada PG. [juai balik emas kat PG, PG bagi 0.5% komisen dari harga semasa PG Buy, juai balik pon dapat komisen??syioknyaaa... ;) ]
jadi, total komisen anda adalah sebanyak 1.5%.
Dengan komisen ini, sebenarnya, spread tadi secara tak langsung telah dikecilkan!
Katakan kita amik contoh tadi, kenaikan harga emas sebanyak 10%, jom kita tengok brapa peratus keuntungan yang pelabur merangkap dealer ni dapat;

Jadi, secara kesimpulannya, berniaga sambil melabur lebih menguntungkan? betui kan?? ;) itu lah apa yang saya amalkan..Anda pon boleh kaya dan berjaya sekiranya strategi tepat! insyaAllah..

kredit : http://www.inspirasiemas.com/

Punca Emas Jatuh

Gold dropped to a four-month low as deepening political turmoil in Greece boosted the appeal of the dollar as a safe haven and curbed demand for precious metals as alternative assets. Silver fell to the lowest since January.
The euro weakened for an eighth session against the dollar as Greek politicians struggled to form a new government, raising concern that the nation may leave the currency bloc. Commodities plunged to the lowest level this year yesterday as global equities slid to a three-month low.
Gold at the morning “‘fixing,’’ used by some mining companies to sell output, fell to $1,585.50 an ounce in London from $1,602.50 yesterday afternoon.
“Capital is going to where it’s safe, and it hasn’t been safe in gold,” Frank Lesh, a trader at FuturePath Trading in Chicago, said in a telephone interview. “Currency markets tend to rule in commodities, and right now the dollar is king.”
Gold futures for June delivery slid 0.6 percent to settle at $1,594.20 an ounce at 1:50 p.m. on the Comex in New York. Earlier, the metal touched $1,578.50, the lowest since Jan. 3.
The plunge has pared this year’s gain to 1.7 percent, after the metal advanced for 11 consecutive years. Futures reached an all-time high of $1,923.70 in September.
Holdings in bullion-backed exchange-traded products are at 2,382.4 metric tons, about 1.2 percent below the March 13 record, data compiled by Bloomberg show.
The dollar has gained 1.6 percent this month against a basket of six currencies, while the most-active gold contract has declined 4.2 percent.
“Dollar strength is trumping any safety qualities of gold at the moment,” Lesh said.
Silver futures for July delivery declined 0.7 percent to $29.241 an ounce on the Comex, after falling to $28.615, the lowest since Jan. 9.
On the New York Mercantile Exchange, palladium futures for June delivery fell 1.5 percent to close at $613.65 an ounce, after falling to a four-month low of $609. Platinum futures for July delivery dropped 0.6 percent to $1,499.20 an ounce. Platinum has gained 6.7 percent this year.
Public Gold Marketing Sdn Bhd(Public Gold)terus mengembangkan sayap perniagaannya ke peringkat antarabangsa dengan meneroka pasaran Singapura,Indonesia dan Brunei menjelang Jun ini,sekaligus membuka peluang perniagaan kepada lebih 60,000 pelanggan serta 30,000 pengedar sah Public Gold ketika ini.
Pengasas dan Pengarah eksekutif kumpulan Public Gold ,Dato Louis Ng Chun Hau berkata sejak ditubuhkan pada 2008 di Pulau Pinang,Public Gold dikenali sebagai syarikat terbabit urusniaga jongkong serta dinar emas mempunyai cawangan di seluruh negara.“Public Gold juga terbabit program tanggungjawab sosial Korporat(CSR) dengan memberi sumbangan bulanan tetap kepada badan kebajikan termasuk Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah(YAYSH)”katanya pada majlis perasmian Wisma Public Gold disempurnakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung,Tuanku Haminah Hamidun di Pulau Pinang-Harian Metro.
Katanya,tahun ini pihaknya membuka tiga cawangan di Kota Kinabalu Sabah,Kajang dan Klang selangor.”Sepanjang empat tahun bertapak di Pulau Mutiara,syarikat kini memiliki bangunan sendiri dikenali Wisma Public Gold di Bayan Lepas bernilai Rm8 juta dan pencapaian ini membuktikan syarikat berjaya mengharungi pelbagai cabaran serta halangan selain dibantu rangkaian kumpulan mantap.

Tuesday, April 3, 2012

Harga emas dunia dijangka meningkat


Seorang penjual di sebuah kedai emas di Tokyo menunjukkan kepingan emas yang menyaksikan harganya semakin meningkat di pasaran dunia. – AFP
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.
Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.
Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.
Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.
Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.
Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

Thursday, March 22, 2012

Dealer Public Gold ( Kawah Emas ) terbaru

Kawah Emas menerima seorang lagi dealer Public Gold yang baru, Dr Junaidi bin Khamis. Area Langgar , Alor Star. Kepada sesiapa yang ingin menempah emas keluaran Public Gold bolehlah menghubungi beliau di talian 019-4162343

Monday, January 2, 2012

ASB 8.8% 2011 VS Emas 25.58% 2011

 

2011/12/20
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.
Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.
“Prestasi ASB sepanjang 2011 adalah memuaskan meskipun pada suku terakhir, pasaran saham didagangkan dalam suasana tidak menentu dipengaruhi prestasi pasaran global yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah,” katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASB, di sini, semalam.
Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember 2011, tabung ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM2.25 bilion dan RM0.85 bilion disumbangkan pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain pendapatan.
Beliau berkata, pengiraan pengagihan dan pendapatan itu berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2011, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan 10 tahun bermula dari 2002 hingga 2011.
Katanya, kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB itu adalah kompetitif dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.
Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pemegang unit ASB untuk meningkatkan jumlah pelaburan masing-masing.
Beliau berkata, tahun ini penambahan dalam skim ASB melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lalu.
“Peningkatan jumlah penambahan pelaburan dalam ASB ini menunjukkan pelabur percaya dan yakin dengan prestasi yang dicatatkan skim ini,” katanya.

Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit
Ini menunjukkan kenaikkan harga emas sangat realistik dan mengujakan pelabur-pelabur. bagi anda diluar sana fikir-fikirkan lah nak melabur dalam ASB atau Emas. Tepuk dada tanya selera dan lihat dalam poket sendiri. sekian……………..