Wednesday, June 15, 2011

Mahu Simpan Wang Kertas Atau Emas?

Alhamdulillah,

Syukur dengan rezeki dan nikmat yang melimpah ruah. Agak lama saya tidak membuat update di blog ini, kalau ikutkan hati, setiap hari saya mahu membuat 2-3 posting untuk para pengunjung, namun apakan daya, setiap hari semakin sibuk dengan bisnes dan berjumpa New Dealer serta prospek.

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin memberikan gambaran yang lebih jelas sebagai pembuka minda. Tujuannya supaya anda dapat tepuk dada dan tanyalah hati sendiri, adakah anda masih mahu menyimpan Wang Kertas ataupun Gold & Silver. Jom sama2 perhatikan chart dibawah.

Nak simpan wang atau beli dan simpan Emas?


Chart berwarna putih diatas adalah Live Data bagi nilai Dollar yang mana ianya menunjukkan trend pergerakan menurun, manakala chart berwarna Gold pula adalah Live Data bagi harga Emas yang mana trend pergerakannya menunjukkan pergerakan menaik. Sayangnya saya cuma ada Data Harga bagi nilai USD bermula May 2009 sehingga sekarang, tapi ianya sudah cukup untuk menunjukkan perbezaan yang amat ketara bagi keduanya.

Saya kira, chart diatas telah menjelaskan segala2nya, anda sendiri dapat melihat yang nilai USD terus turun dan turun, dan tidak mustahil satu masa nanti nilainya akan mencapai ke angka 0 (sifar), bererti ianya langsung tidak bernilai! Sejarah lalu telah membuktikan yang beberapa Matawang ciptaan manusia sebelum ini nilainya telah mencecah ke angka sifar! Sebagai contoh matawang Continental ini :



Matawang ini dicipta oleh Amerika ketika perang Revolusi, yang mana tujuannya adalah untuk membiayai kos yang terlibat di dalam peperangan. Namun sebaik sahaja perang tamat, Matawang tersebut tidak lagi diterima pakai oleh orang ramai, sekaligus menjadikan ianya kehilangan nilai. Masakan matawang ciptaan manusia ini mampu mengatasi nilai wang yang diciptakan oleh Allah S.W.T iaitu Emas & Perak? (Zahabi Wal Fiddoh).

Kini USD juga sedang menuju ke arah itu! Mungkin anda berkata anda menyimpan RM dan bukannya USD, Benar.. tapi mungkin anda terlupa yang nilai RM adalah disandarkan dengan nilai USD! Jika sesuatu yang menjadi sandarannya juga sedang mengalami penyusutan nilai, apatah lagi sesuatu yang disandarkan dengannya, kerana RM itu sendiri sebenarnya tiada nilai apa2 padanya, tetapi ianya menjadi bernilai dan diterima untuk digunapakai apabila ianya disandarkan kepada nilai USD.

Hakikatnya, apabila nilai Matawang semakin susut seperti yang boleh dilihat di dalam carta diatas, kadar penerimaan ke atasnya juga akan semakin berkurang, dan jika kadar penyusutan nilainya menjadi terlalu besar, tiada siapa lagi yang mahu menerima pakai matawang tersebut!

Ianya amat berbeza dengan nilai komoditi Emas yang mana nilainya sentiasa meningkat sebagaimana yang dapat dilihat pada carta diatas. Sebagai contoh, pada tahun 2009 kadar tukaran USD - RM ialah RM3.60, kini kadarnya hanya tinggal RM3.00, bermakna jika pada tahun 2009 saya mempunyai RM36,000 di dalam akaun simpanan saya, jumlahnya ketika ini mungkin masih RM36,000, tetapi jumlah sebanyak itu ketika ini hanya mampu membeli sesuatu yang berharga RM30,000 pada tahun  2009 dulu, buktinya, sepinggan Nasi Goreng pada tahun 2009 hanya berharga RM3.00 sahaja, tetapi kini Nasi Goreng yang sama dan di kedai yang sama telah berharga RM3.60!!.

Bayangkan jika pada tahun 2009 dulu, dengan wang RM36,000 itu saya boleh membeli Emas seberat 343 gram (RM36,000 / RM105 (Harga emas segram) = 343g, dan jika saya menjual emas tersebut pada ketika ini saya boleh mendapat tunai sebanyak RM60,711 (343g x RM177/g)!!!

Bayangkan pula pada tahun 2009 dahulu kos sara hidup anda berjumlah RM3,000 sebulan, kini walaupun anda masih kekal dengan cara hidup yang sama seperti pada tahun 2009 dahulu, tetapi kos sara hidup bulanan anda telah meningkat kepada RM3600 sebulan! Mungkin pada dasarnya anda beranggapan ianya adalah disebabkan oleh harga barangan2 keperluan & perkhidmatan yang telah meningkat, memang benar...! inilah apa yang dinamakan dengan peningkatan kadar Inflasi, iaitu penyusutan kuasa beli melalui kenaikan harga barangan keperluan & perkhidmatan!

Kesimpulannya, belilah emas, tukarkan semua tunai yang ada dalam simpanan anda kepada emas fizikal, gunakannya untuk meningkatkan kuasa beli anda supaya kewangan anda terus kebal dari  gelombang inflasi yang terus mengganas dari masa ke semasa. Untuk makluman, jika anda sekadar membeli emas dengan tujuan untuk dijual semula apabila harganya naik dan mengambil keuntungan daripadanya, ianya masih tidak membantu anda dari sudut perlindungan kewangan peribadi dan peningkatan kuasa beli. Mungkin anda masih untung dengan cara itu, tetapi anda masih terdedah dengan penyusutan kuasa beli dan Inflasi. Justeru, belilah Emas dan jadikan ianya sebagai aset pelaburan yang disimpan dan digunakan untuk jangkamasa panjang, sampai ke bila2.

Saya mendefinasikan Pelaburan itu sebagai satu aktiviti yang mampu mengubah kedudukan kewangan seseorang Pelabur itu, bermula dari satu tahap yang biasa menuju ke satu tahap yang luar biasa atau lebih baik selepasnya. Jadi, jika si Pelabur gagal membawa kedudukan kewangannya ke satu taraf yang lebih baik selepas dia membuat Pelaburan, maka dia perlu mengkaji dan merancang semula Investment Plan nya!
 
kredit :pelaburjutawan.com

Harga Emas Bakal Mencecah $2000/oz Dalam Tempoh 8 Bulan Lagi - Deutsche Bank





May 10 (Bloomberg) -- Gold, which reached a record on May 2, may surge a further 30 percent by January as investors seek to protect themselves from “economic uncertainty,” according to Deutsche Bank AG.

“I’m bullish on gold despite its current levels,” Hal Lehr, Deutsche Bank’s managing director for cross-commodity trading, said in an interview in Buenos Aires. “It could reach $2,000 an ounce in the next eight months.”

Investors including George Soros and John Paulson invested in gold as the metal surged over the past year amid a sovereign debt crisis in Europe, economic turmoil in the U.S. and civil unrest in the Middle East. This month‘s record $1,577.57 an ounce was a sixfold gain since the precious metal’s low in August 1999.

Gold fell 1.6 percent on May 4 after the Wall Street Journal reported that Soros Fund Management LLC sold precious- metal assets. Soros’ fund held shares in the SPDR Gold Trust, the biggest exchange-traded product backed by gold, and the iShares Gold Trust at the end of 2010, U.S. Securities and Exchange Commission filings show.

Gold rose for a third day in New York today as concern about Europe’s debt woes spurred demand for precious metals as a protection of wealth. Standard & Poor’s yesterday downgraded Greece’s credit rating for the fourth time since April 2010. Gold for June delivery rose $6, or 0.4 percent, to $1,509.2 an ounce at 9:42 a.m. on the Comex in New York.



Inflation Hedge

Bullion rose for six consecutive weeks through April 29 as the metal is seen as a hedge against inflation around the globe. Central banks in China, India and the European Union, among others, have increased interest rates in recent weeks as policymakers seek to control consumer prices with tighter monetary policy.

The U.S. Federal Reserve has kept the benchmark rate between zero percent and 0.25 percent since December 2008 and pledged to purchase $600 billion in Treasuries through June to stimulate the economy. Standard & Poor’s earlier last month revised its debt outlook for the U.S. to negative from stable.

The U.S. Treasury Department projects the government could reach its debt ceiling limit of $14.3 trillion as soon as mid- May and run out of options for avoiding default by early July.

Lehr’s so-called cross-commodity team was created by Deutsche last year to handle large investments in commodities without distorting prices with sudden inflows of cash, he said. The team focuses on investment opportunities in a portfolio of commodities, as opposed to looking at individual commodities.

Monday, June 6, 2011

Kelemahan Wang Fiat.


Duit kertas dan emas merupakan 2 perkara penting yang perlu ada. Duit kertas untuk perbelanjaan harian, manakala emas sebagai pelaburan. Wang kertas mempunyai nilainya sendiri yang diistiharkan oleh bank negara. Demikian juga negara-negara lain mengamalkan sistem yang sama.
Seperti yang kita sedia maklum, wang yg dicetak (kertas, syiling), oleh setiap negara tidak sama nilainya. Sebagai contoh : Kuantiti daging lembu yang kita beli dengan RM10 adalah tidak sama dengan kuantiti yang kita perolehi dengan membayar USD10, SGD10 dan AUD10. Tetapi jika emas yang digunapakai sebagai pembelian di mana2 negara pun, barangan yang kita perolehi itu tetap sama dari segi kuantiti.
Duit kertas yang kita gunakan tidak laku untuk membeli sekilo beras di Amerika. Ini bermakna duit tersebut tidak boleh digunakan melainkan ia ditukarkan dahulu kepada USD. Buat masa ini, RM3.30 boleh ditukarkan kepada USD1. Andaikata nilai duit kita jatuh pada masa akan datang…misalnya RM3.30 cuma boleh ditukarkan dengan USD0.50, bukankah ia suatu yang sangat rugi? Untuk mengelakan kerugian inilah emas mampu menjadi pelindung, ianya kalis inflasi dan nilainya sentiasa tinggi.
Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.
1.Medium pertukaran yang diterima dunia
2.Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
3.Wang tanpa sempadan
4.Tidak boleh dibinasakan
5.Mudah dibahagikan
6.Sukar diperolehi/ditiru
7.Price to weight ratio yang tinggi
8.Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang
Kelemahan wang kertas
1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
4. Mudah rosak
5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)
6. Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.

kredit: barakahemas999.com