Saturday, January 22, 2011

Tips memilih jenama produk emas: Harga emas yang rendah atau kadar 'spread' yang rendah?

Tips memilih jenama produk emas: Harga emas yang rendah atau kadar 'spread' yang rendah?
Emas dikategorikan mengikut ketulenannya, samada 999.9, 916, dan sebagainya. Tanpa mengambilkira syarikat apa yang mengeluarkannya, ia tetap mempunyai nilai yang sama. Pun begitu, nilai 'spread' dan 'offset' akan membezakan kadar keuntungan yang akan dinikmati oleh para pelabur emas. Pelabur bijak pastinya akan memastika emas pelaburan mereka berupaya memberikan pulangan tertinggi apabila dijual kelak. Menjual emas pelaburan kepada selain dari syarikat pengeluar akan menyebabkan anda dikenakan nilai spread yang tinggi (rugi). Maka pilihan terbaik selain dari menjual kepada individu tertentu yg sanggup membeli pada harga yang tinggi, menjual balik kepada syarikat pengeluar asal adalah kaedah yang kerap dilakukan.

Nilai Spread
Nilai Spread ialah nilai perbezaan di antara harga jual (dari pelabur/pelanggan) dengan harga semasa emas yang sanggup dibayar oleh syarikat pengeluar emas berkenaan. Dengan ayat mudah, berapa anda akan 'loss' jika anda jual semula emas berkenaan kepada syarikat emas tempat anda beli dahulu.
Sebagai contoh;
Syarikat A menjual emas 999.9 dgn harga RM100/gm dengan nilai spread 12%
Syarikat B menjual emas 999.9 dgn harga RM95/gm dengan nilai spread 15%
Syarikat C menjual emas 999.9 dgn harga RM110/gm dengan nilai spread 6%
Yang manakah menjadi pilihan anda? Harga yang sedikit rendah atau nilai spread yang rendah? Sila lakukan kiraan sendiri seperti mana berikut dengan mengandaikan harga semasa adalah sama dengan harga jual;
Syarikat A
Dengan nilai spread 12%, syarikat A akan membeli balik emas dari pelanggan dengan harga = RM100 - (100 x 12%) = RM100 - RM12 = RM88.00/gm
Anda akan kehilangan RM12.00 dari setiap gram emas 999.9 yang anda jual balik.
Syarikat B
Dengan nilai spread 15%, syarikat B akan membeli balik emas dari pelanggan dengan harga = RM95-(RM95 x 15%) = RM95- 14.25 = RM80.75/gm
Anda akan kehilangan RM14.25 dari setiap gram emas 999.9 yang anda jual balik.
Syarikat C
Dengan nilai spread 6%, syarikat C akan membeli balik emas dari pelanggan dengan harga = RM110-(RM110 x 6%) = RM110- 6.60= RM103.40/gm
Anda akan kehilangan RM6.60 dari setiap gram emas 999.9 yang anda jual balik.
Dari 3 contoh di atas, syarikat B menawarkan kepada pelabur harga jualan emas 999.9 yang paling rendah, pun begitu dengan nilai spread yang tinggi, pelanggan akan mengalami kerugian tertinggi jika dibandingkan dengan syarikat A dan C. Pun begitu, syarikat C walaupun harga emas 999.9 yang ditawarkan adalah paling tinggi dari syarikat yang lain, disebabkan nilai spreadnya yang rendah, pelabur akan tersenyum lebar ketika mereka menjual semula emas mereka berbanding syarikat A dan B.
Nilai Offset
Sesetengah syarikat pengedar emas pelaburan telah menetapkan nilai offset kepada produk emas pelaburan mereka. Maksud nilai offset ialah, meletakkan beza harga belian produk mereka berbanding harga pasaran yang sebenar. Nilai offset dikenakan bagi tujuan mempromosi produk di mana harga emas yang mereka jual akan lebih rendah dari harga pasaran.
Sebagai contoh, harga pasaran emas 999.9 ialah RM145.00/g, setelah dikenakan nilai offset RM5/g, syarikat tertentu akan menjual produk mereka dengan harga RM140/g. Ini bermakna, seketul jongkong emas 999.9 seberat 100g akan dijual pada harga RM14000 iaitu RM500 lebih rendah dari harga pasaran atau syarikat-syarikat pengeluar produk emas pelaburan yang lain. Walau bagaimanapun, para pelabur mungkin 'overlooked' pada harga belian balik syarikat berkenaan yang mana turut meletakkan offset RM5/g. Ini bermakna, beli balik emas oleh syarikat berkenaan adalah RM5/g lebih rendah dari harga semasa. Jika nilai offset yang dikenakan pada harga jual dan harga beli adalah sama, maka samalah saja sekiranya kita membeli pada harga semasa. Maka yang menentukan keuntungan sebenar ketika kita menjual emas berkenaan adalah nilai spread yang dikenakan.

Lihat sinario berikut;
Andaikan anda baru sahaja memulakan pelaburan emas sebanyak 500g dengan harga semasa emas 999.9 pada ketika itu ialah RM110/gm. Setelah kajian demi kajian dilakukan, anda menjangkakan bahawa keuntungan setelah 12 bulan melabur di dalam pelaburan emas adalah 25%. Ya... setelah 12 bulan berlalu, anda mendapati harga emas semasa telah meningkat sebanyak 25% berbanding harga semasa anda membelinya. Harga semasa emas 999.9 pada ketika itu ialah RM137.50/g Berapakah keuntungan bersih yang akan anda perolehi sekiranya anda memilih produk dari syarikat-syarikat berikut;
Syarikat A (nilai spread 12%)
Nilai offset yang diletakkan oleh syarikat A adalah RM10 lebih rendah dr harga semasa; RM100/gm x 500gm = RM50,000.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga RM10/g lebih rendah dari harga semasa) = [RM127.50/gm - (RM127.50 x 12%)]x 500gm = RM56,100.00
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM 56,100 - RM50,000 = RM6,100.00
Syarikat B (nilai spread 15%)
Harga beli adalah RM15/g lebih rendah dr harga semasa; RM95/gm x 500gm = RM47,500.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga RM15/g lebih rendah dari harga semasa) = [RM122.50/gm - (RM122.50 x 15%)]x 500gm = 52,062.50
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM52,062.50- RM50,000 = 2,062.50
Syarikat C (nilai spread 6%)
Harga beli adalah pada harga semasa; RM110/gm x 500gm = RM55,000.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga) = [RM137.50/gm - (RM137.50 x 6%)]x 500gm = RM64,625.00
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM64,625 - RM55,000 = RM9,625.00
Syarikat D (nilai spread 6%)
Harga beli adalah pada harga RM10/g lebih rendah dari harga semasa; RM100/gm x 500gm = RM50,000.00
Harga semasa selepas 12 bulan = RM137.50/gm x 500gm = RM68,750.00
Maka harga jual balik kepada syarikat (Syarikat akan beli balik pd harga RM10/g lebih rendah dari harga semasa) = [RM127.50/gm - (RM127.50 x 6%)]x 500gm = RM59,925.00
Keuntungan bersih = harga jual - harga beli = RM59,925.00 - RM50,000 = RM9,925.00
Jadual berikut adalah rumusan kepada analisis di atas.