Friday, January 28, 2011

Bilakah masa yang terbaik untuk membeli emas?

Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam pelaburan emas, tajuk ini amat menarik minat saya.
Sebelum menjawab soalan ini, anda kita perlu menjawab 1 soalan lain terlebih dahulu. Soalannya: Adakah anda teruja dengan kenaikan harga emas atau penurunan harga emas? Jawapan: 1. Ada orang teruja  2. Ada orang risau.
Yang mana satu jawapan anda? Anda tak perlu beritahu saya.
Sebenarnya emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Anda tak perlu risau dengan kenaikan dan penurunan emas ini dalam masa yang singkat. Jika anda melabur emas untuk jangka masa panjang, rekod kenaikan emas sejak 2 tahun adalah 49.54%!


Selepas harga emas di pasaran mencecah harga tertinggi USD1422.6/auns (USD45.74/gram), bermula Januari 2011 harga emas menunjukkan trend harga emas menurun. Ketika artikel ini sedang ditulis (10:45pm, Malaysia) harga emas USD1344.5/auns ( USD43.23/gram). Kejatuhan hanya 5.49%.

Bilakah masa yang terbaik untuk membeli emas?
Jawapan 1: Jika anda seorang spekulator emas, masa sekarang adalah amat mengujakan kerana anda boleh beli emas dengan harga murah dan jual pada masa emas mahal. Harga emas sekeping jongkong 20gram Public Gold RM3000 pada malam ini. Anda beli 10 keping jongkong emas 20gram = RM30100 (termasuk caj pengangkutan RM10 untuk setiap keping jongkong).  Jadi, sekarang adalah masa yang terbaik untuk beli emas. (PS. Seorang guru yang juga kenalan saya baru membeli emas RM120,000 minggu lepas semasa harga RM3050 untuk jongkong 20gram). Belilah sekarang. Mungkin 10 keping terlalu sedikit, saya tahu anda ada banyak wang lagi di dalam bank.

Jawapan 2: Jika anda seorang pelabur yang baru beli 10 keping emas (20 gram Public Gold) 3 minggu lepas dengan harga R3140, masa sekarang adalah amat merisaukan. Anda mungkin rasa tertipu dengan agen emas yang menjual emas ini kepada anda. jangan risau kawan. Agen itu tidak menipu, sila lihat graf di atas. Harga emas memang sentiasa meningkat untuk jangka masa panjang. Adakah anda melabur dalam jangka masa seminggu, atau pun sebulan? Mungkin 2 bulan? Anda melabur untuk jangka masa yang panjang. berdasarkan prestasi 2 tahun terakhir, harga emas sentiasa meningkat untuk jangka masa yang panjang. Tidurlah dengan lena, jangan risau. Apabila harga emas dah mencecah RM3500, agen emas anda akan menelefon anda. Jangan menyesal pula kerana tidak membeli emas sekarang.
Mengikut jangkaan penganalisis emas, kenaikan emas sebanyak USD1500/ounce pada tahun 2011. Sama-sama kita nantikan. Artikel berkaitan berita-berita emas anda boleh semak di laman web http://www.publicgold.com.my/. Tak perlulah saya salin dan tampal lagi di sini. Anda boleh baca sendiri di sana.
Akhir kata daripada saya, selamat membeli emas. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk membeli emas!
Aritikel ini ditulis oleh:
Shamsuddin Bin Mat Isa
Public Gold Priority Dealer: A0777

4 CARA ASAS MENYIMPAN EMAS

Tulisan ini bukan ada kajian mendalam. Cuma pengalaman menyimpan emas sejak Oktober 2010.
Bagi saya ada 4 cara menyimpan emas.
CARA 1
Bila ada duit,beli emas.Memandangkan emas sentiasa naik sepanajang tahun maka keayaan kita semakin bertambah.Emas walau pun tengan menurun sekarang,sebenarnya akan naik secara jangka masa panjang.
Contoh saya pernah membeli 100gram emas PG pada bulan Oktober,RM 15120.Pada hari ini ia berharga RM 15086.Memang turun tetapi saya berani jamin harganya adalah murah berbanding tahun hadapan.
Seperti ada kawan saya membeli 100gram emas pada bulan Jun 2010 pada harga RM14k lebih jer.maknanya ia naik dekat RM1k lebih.
Kelebihan:Keuntungan cash kita tidak dapat tetapi kita dapat keuntungan dari segi nilai emas kita bila emas kita naik.
CARA2
Beli semasa murah dan jual sebaik jer naik.Teknik boleh dilakukan dengan kemahiran membaca graf yang tinggi. Contoh harga emas 20 gram pada masa raya haji ialah RM 3003. Pada bulan 12 harga 20 gram menjadi RM 3200.So kita jual emas kita itu.
Kelebihan.Kita dapat dapat keuntungan dalam bentuk cash.

CARA 3

Kita rahnukan emas kita.Duit dari rahnukan kita niagakan.Seperti buat kedai makan ker, jual burger ke.Macam -macam lah bisnes yang boleh.Tetapi mesti kena untung.
Kelebihan : Diversify our investment.
Kalau bisnes gagal dan duit abis,emas kita tak mampu nak amik selepas 6 bulan ,maka bank akan lelong emas kita.Kita masih lagi dapat sedikit duit.kalau lelong tu dibeli pada harga tinggi.
At least adalah sikit duit kita,daripada habis licin

 CARA 4

Mengambil untung setakat mana emas itu naik.
Contohnya anda ada emas bernilai RM 30k(pelbagai jenis seperti dinardan jongkong kecil).Tetiba emas naik sebanyak 2 %.Maka nilai emas anda menjadi RM 30600.Anda pun menjual satu dinar anda.Maknanya anda menjual setakat mana kenaikan emas anda.Car 4 ini membolehkan anda merasa duit emas  anda tanpa kehilangan semua emas anda.Saya suka cara ini keran mesti kia nak rasa duit emas kita.Simpan jer pun dah untung.Sapa nak bagi?

kredit : emaskuning999.blogspot.com

Average Cost((Pemurataan harga))

 

Teknik ini di petik dari blog sifu emas.


Sekiranya kita telah terbeli emas semasa harga tengah mahal...contoh 2 minggu lepas(30 Disember2010) 20 gram RM3150 sebanyak satu keping.Jadi untk mengurangkan harga emas anda ini , tiada cara hanya dengan teknik pemurataan harga, Kerana pada masa sekarang takkan orang nak beli pada harga RM 3150.Betul tak.

Untuk itu ada disaran kan membeli emas pada harga RM 3088 iaitu harga sekarang(15-16 Januari 2011).

So sekarang purata harga emas 20 gram anda ialah RM 3119.

Tetapi, kalau anda dealer, harga 20 gram untuk hari ini (semasa post ini ditulis) makahargadealer ialah RM3053.


So jadilah purata harga emas 20 gram anda ialah RM 3104.

Jadi terpulanglah kepada anda untuk membeli dengan harga dealer atau harga biasa.

Untuk menjadi dealer anda hanya perlu membeli emas sebanyak RM20k jer
Kredit; emaskuning999.blogspot.com