Sunday, October 7, 2012

Analisis Teknikal & Fundamental Harga Emas





Analisis Fundamental

Baru-baru ini sebaik sahaja pengumuman mengenai pelaksanaan Quantitative Easing untuk kali yang ketiga (QE 3), Para pelabur di pasaran Wall Street dilaporkan bertindak menjual pegangan saham mereka kerana tindakan itu menyebabkan Wang Dollar ditambah cetak sekaligus bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi atau penyusutan kuasa beli sebarang transaksi yang menggunakan matawang USD.
http://pelaburjutawan.com
Kenaikan kadar inflasi bermakna akan berlakunya kenaikan harga barangan, sekaligus akan menyebabkan berlakunya kelembapan sistem ekonomi kerana pengguna akan berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan mereka.
Lalu Pelaburan dalam saham agak kurang menguntungkan kerana perniagaan syarikat yang disenaraikan dalam bursa akan menerima kesan buruk dari tindakan pengguna yang mengurangkan perbelanjaan tadi.
Disebabkan kuasa beli dollar semakin menyusut, para pengguna tidak mahu membuat simpanan dalam bentuk tunai, dan mereka memilih simpanan dalam bentuk aset yang mudah cair iaitu “Precious Metal” dan pilihan utama mereka adalah Emas dan Perak.
Situasi ini akan menyebabkan kenaikan permintaan keatas kedua-dua komoditi ini dan ianya telah dijangka oleh para pelabur yang melepaskan atau menjual belian saham mereka sebelum ini, lalu para pelabur ini akan segera membuat pelaburan baru dalam sektor pelaburan komoditi iaitu Emas dan Perak tetapi dalam bentuk ETF atau Exchange Traded Fund (paper and silver gold).
Perubahan tindakan ini telah menyebabkan lonjakan harga emas dan perak secara mendadak dan dijangka berterusan sehingga tahun 2015 kerana QE3 akan berlangsung spanjang tempoh ini.
Perhatikan Impak Quantitative Easing 1, 2 dan impak awal QE3 kepada harga Emas.
QE 1, 2 3
Dan seperti yang kita sedia maklum, corak pergerakan harga emas pada tahun ini adalah menyamai corak pergerakannya pada tahun 2008 disebabkan situasi krisis ekonomi yang melanda pada ketika itu dan juga tindakan Federal Reserve menanganinya melalui Program QE 1 dan QE 2.
Perhatikan dibawah ini,
QE1
Hampir serupa dengan corak pergerakan harga yang diatasnya kan? jadi jika mengambilkira posisi harga Emas sekarang yang menyamai posisi harganya pada hujung tahun 2008, adakah paras harga sekarang sudah cukup tinggi?
Mungkin anda perlu mempertimbangkannya semula kerana pada saya harganya amat berpotensi untuk lebih tinggi lagi pada tahun 2015 nanti, iaitu 3 tahun dari sekarang sama sebagaimana kenaikannya bermula pada tahun 2009 hingga 2011 iaitu sama seperti graf harga yang diatasnya juga.

Analisis Teknikal

Sepanjang 3 tahun bermula dari QE 1 dijalankan sehingga berakhirnya QE 2, harga emas telah melonjak naik sekitar 180%, dan sekiranya peratus kenaikan yang sama berlaku kepada harga emas ketika ini iaitu selepas ia berjaya melepasi paras harga tertingginya sekitar $1925/oz, maka destinasi harga emas seterusnya adalah sekitar $5,000/oz dan angka tersebut sememangnya angka yang sering disebut-sebut oleh pakar ekonomi di seluruh dunia dan ternyata ia sangat realistik.
analisis emas
Mengapa saya begitu optimis dengan potensi kenaikan yang berterusan bagi tempoh selama 3 tahun yang akan datang?
Diantaran sebab utama adalah kerana Program QE 3 akan berjalan sepanjang tempoh tersebut, dan seperti yang kita perhatikan kesan dari QE 1 dan QE 2, harga emas terus naik dan naik selama tempoh program itu dijalankan.
Dan yang dibawah ini adalah Trend pergerakan yang akan dilalui oleh harga Emas sepanjang tempoh 3 tahun ini, dan paras harga yang paling hampir untuk dicapai adalah sekitar $2200-$2300/oz sekurang-kurangnya menjelang pertengahan tahun 2013.
Jangkaan kenaikan harga emas
Semoga anda tidak lagi mengabaikan peluang berpotensi ini sepertimana peluang-peluang yang saya kongsikan sebelum ini ya..!
Saya adalah seorang Pelabur Emas dan Perak fizikal sepenuh masa sejak 3 tahun yang lalu, dan bidang ini adalah skop kepakaran saya dimana saya sendiri memberikan tumpuan sepenuhnya setiap masa, jadi penelitian saya mengenai risiko dan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding pelabur yang menjadikan pelaburannya sebagai sumber sampingan dan bukan profession utamanya.
pelaburjutawan.com

Secara mudahnya, Analisis Fundamental berperanan memberikan gambaran mengenai andaian situasi ekonomi semasa pada masa hadapan berdasarkan data dan dasar ekonomi semasa, ia sekaligus membantu untuk memberikan jangkaan mengenai halatuju pergerakan harga Emas pada masa yang akan datang dalam tempoh waktu yang lebih panjang.
Manakala Analisis Teknikal pula untuk membantu anda menjangka paras-paras harga yang berpotensi dicapai hasil analisa Fundamental sebelumnya, sebagai contoh jika Analisis Fundamental memberikan gambaran positif mengenai kenaikan harga emas, Analisis Teknikal pula berperanan menentukan kenaikan yang dijangkakan itu sehingga ke paras harga berapa? jika ia turun seketika sehingga ke paras harga berapa? dan yang seumpamanya. Justeru, Analisis Teknikal memerlukan kepada data prestasi lampau pergerakan harganya yang akan digunakan sebagai paras-paras harga Sokongan (Support) dan Rintangan (Resistance).
Kesimpulannya,
Analisis Fundamental Harga Emas -
Mendorong berlakunya peningkatan “Demand” sekaligus menyokong kenaikan harga - POSITIF
Analisis Teknikal Harga Emas -
Menunjukkan Trend pergerakan menaik dan selaras dengan jangkaan Analisis Fundamental - POSITIF
Bermakna, tiada sebarang faktor yang menghalang untuk harga emas terus naik, naik dan naik, bermakna, pada kebanyakan masa anda akan sering melihat kekerapan pergerakan harga emas menaik, berbanding pergerakannya menurun. Jadi apakah langkah yang perlu anda lakukan seterusnya?
Untuk langkah berikutnya, sila KLIK pada gambar dibawah ini.
http://pelaburjutawan.com


kredit :  http://pelaburjutawan.com/analisis-teknikal-fundamental-harga-emas/

50,000 pelabur emas terjerat

pelaburan emas genneva syariah
Kuala Lumpur: Lebih 50,000 pelabur sebuah syarikat pelaburan dan perdagangan emas terjerat apabila tiga pejabat Genneva Malaysia Sdn Bhd di Jalan Kuchai Lama di sini, diserbu pihak berkuasa, petang semalam.
Syarikat itu difahamkan sudah terbabit dalam perdagangan emas membabitkan lebih RM5 bilion sejak 2007. Serbuan dibuat Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 2 petang.

Serbuan serentak turut dilakukan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura ke atas Genneva Pte Ltd di republik itu.
Dalam serbuan di sini, pihak berkuasa merampas beratus-ratus kotak berisi dokumen urus niaga membabitkan transaksi jual beli emas, komputer, kepingan emas dan sejumlah wang tunai.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram Mengikut laporan sebelum ini, orang kenamaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli perniagaan adalah antara pelabur syarikat berkenaan.
Menurut kenyataan bersama dikeluarkan semua agensi terbabit dalam operasi itu semalam, syarikat berkenaan diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh semua agensi berkenaan.
Sementara itu, sumber berkata, siasatan sedang dibuat sama ada syarikat pelaburan emas yang menggunakan nama sama di Singapura ada kaitan dengan operasi Genneva di Malaysia.
Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan aduan diterima daripada orang ramai berhubung aktiviti syarikat itu.
Sumber itu memberitahu BH, syarikat berkenaan mula beroperasi sejak 2007 dan ketika itu didaftarkan sebagai Genneva Sdn Bhd serta pernah didakwa pada 2009.
“Selepas didakwa, syarikat itu didapati menukar namanya pada tahun lalu untuk meneruskan kegiatan mereka.
“Bank Negara dan semua agensi yang terbabit dalam serbuan ini (semalam) sedang menjalankan siasatan mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya.
Sementara itu, sehingga jam 10 malam tadi, beratus-ratus pelanggan Genneva Malaysia berkumpul di hadapan pejabat syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, kehadiran polis berjaya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

kredit :  http://pelaburjutawan.com/50000-pelabur-emas-terjerat/

Gadaian Arrahnu Public Gold


Public Gold Group selaku pelopor dan peneraju terbesar platform pelaburan emas dan perak secara fizikal di Malaysia telah bekerjasama dengan Koperasi Dagangan Emas Bhd (KDE) untuk menerima gadaian Emas dan Perak.
Nilai gadaian (Nilai Marhun) adalah berdasarkan harga semasa produk emas dan perak Public Gold pada ketika gadaian dilakukan dan ianya dikira dari harga PG Sell produk tersebut.
Bagi setiap produk emas margin pinjaman tunai yang ditawarkan adalah 70% dari harga PG Sell bagi setiap jenis produk yang digadaikan.
Bagi setiap produk perak pula margin pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak 50% dari harga PG Sell produk yang digadaikan.
Upah simpan bulanan yang dikenakan adalah 1% sebulan, dan tempoh gadaian adalah selama 6 bulan + 2 bulan + 2 bulan.
Ini adalah satu-satunya Arrahnu yang menerima Perak sebagai gadaian, dan tidak mustahil jika selepas ni Public Gold akan mengadakan promosi X-Plan untuk produk Perak pula.
pelaburjutawan.com
Apakah kaitan diantara Pelaburan Emas dengan Gadaian Emas?
Gadaian Emas diperlukan bagi tujuan mendapatkan wang tunai sebagai modal untuk membuat belian tambahan, dimana gabungan diantara keduanya jika diurus dengan baik dan sistematik akan ;
-Mengoptimumkan Keuntungan Pelaburan Anda
-Mempercepatkan Tempoh Masa Meraih Keuntungan
-Merendahkan Risiko Kerugian
Bagaimanakah Cara Terbaik untuk menggunakannya?
Ianya paling efisyen digunakan pada ketika berlakunya penurunan harga emas.
Bagaimanakah Cara Terburuk untuk menggunakannya?
Bila gadaian dan belian semula tidak dirancang dengan baik dan sistematik. Ianya menyebabkan Emas habis digadai, bebanan bayaran upah berterusan dan tiada sebarang keuntungan yang berjaya dicapai.
Diantara faktor utama yang menyebabkan saya memilih Pelaburan Emas secara fizikal berbanding Pelaburan Emas dalam bentuk Akaun Simpanan Emas seperti GIA Public Bank, GSPA Maybank dan yang seumpamanya adalah kerana ianya boleh memberikan kemudahan penggunaan tunai apabila ia digadaikan.
Kadar Spread yang rendah + kemudahan tunai menggunakan Emas fizikal sebagai cagaran akan memberikan peluang keuntungan berganda pada setiap kali berlaku penurunan harga Emas di pasaran antarabangsa.
kredit : http://pelaburjutawan.com/gadaian-arrahnu-public-gold/