Sunday, June 10, 2012

Public Gold Marketing Sdn Bhd(Public Gold)terus mengembangkan sayap perniagaannya ke peringkat antarabangsa dengan meneroka pasaran Singapura,Indonesia dan Brunei menjelang Jun ini,sekaligus membuka peluang perniagaan kepada lebih 60,000 pelanggan serta 30,000 pengedar sah Public Gold ketika ini.
Pengasas dan Pengarah eksekutif kumpulan Public Gold ,Dato Louis Ng Chun Hau berkata sejak ditubuhkan pada 2008 di Pulau Pinang,Public Gold dikenali sebagai syarikat terbabit urusniaga jongkong serta dinar emas mempunyai cawangan di seluruh negara.“Public Gold juga terbabit program tanggungjawab sosial Korporat(CSR) dengan memberi sumbangan bulanan tetap kepada badan kebajikan termasuk Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah(YAYSH)”katanya pada majlis perasmian Wisma Public Gold disempurnakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung,Tuanku Haminah Hamidun di Pulau Pinang-Harian Metro.
Katanya,tahun ini pihaknya membuka tiga cawangan di Kota Kinabalu Sabah,Kajang dan Klang selangor.”Sepanjang empat tahun bertapak di Pulau Mutiara,syarikat kini memiliki bangunan sendiri dikenali Wisma Public Gold di Bayan Lepas bernilai Rm8 juta dan pencapaian ini membuktikan syarikat berjaya mengharungi pelbagai cabaran serta halangan selain dibantu rangkaian kumpulan mantap.

No comments:

Post a Comment