Friday, December 31, 2010

Dealer Kawah Emas Di Hujung Tahun 2010

Alhamdulillah.. di penghujung Tahun 2010, Kawah Emas disertai keluarga baru, Dealer Baru. Semoga tahun hadapan kawah emas terus maju.



Dealer ke 8 Public Gold ( Kawah Emas )
MOHAMED HASHIM BIN MD OTHMAN 
 ADDRESS :NO19, JALAN 4 TAMAN SERULING EMAS
14200 SG BAKAP SEBERANG PERAI SELATAN .
H/P NO :012-5024064




Thursday, December 30, 2010

Harga Dinar Emas 2005

   Situasi 1 : Adakah emas sekarang mahal? Betul... Emas memang mahal sekarang tetapi kena ingat... emas yang mahal hari ini adalah murah untuk tahun depan. Kenapa cakap macam  tu??? Pada tahun 2005.. ketika itu harga mahal.sesiapa yang beli masa tu mesti kata.. Mahalnya emas hari ni.. tetapi hari ini.. setelah 5 tahun berlalu, anda boleh tengok sendiri harga, adakah emas pada masa tu mahal.
  Situasa 2 : Seorang cikgu bercerita pada muridnya. Murid-murid sekarang hebat.. datang sekolah bawa duit rm5 seorang tiap-tiap hari, masa cikgu sekolah dulu, cikgu bawa seringgit jer masa sekolah menengah, masa sekolah rendah cikgu bawa 50sen jer.
    Seorang anak murid bangun bertanya.. Cikgu, dengan seringgit..cikgu boleh beli apa?? Cikgu pun jawab, sepinggan nasi lauk paha ayam dan segelas teh ais.. Anak murid pun menjawab.. sama la cikgu.. Rm5 pun boleh beli macam tu juga..
  Jadi.. dari kedua-dua situasi di atas.. apa kesimpulan yang anda dapat?? anda tentukan..

Dibawah ini anda boleh klik  tengok harga dinar emas tahun 2005..Petikan dari arkib Utusan Malaysia 2005.. anda bandingkan harga dinar emas hari ini ( sila tengok senarai harga terkini sebelah kanan blog ini)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0419&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive

Wednesday, December 29, 2010

Dealer baru Kawah Emas

Dealer Public Gold 7 ( Kawah Emas )
Siti Rabonah bt Ahmad ( A )
H/P 019-4958066
Kawasan Kulim Bandar Baharu,
 Kedah dan Kelantan


 Alhamdulillah, malam ini 29 Disember 2010 ,Kawah Emas menerima lagi seorang Dealer yang baru. Beliau seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Relau, Seberang Perai Selatan. Sesiapa yang berminat untuk membeli emas Public Gold dari beliau ataupun dealer-dealer yang lain, adalah dialu-alukan.
   Dengan Izin Allah, moga-moga kedatangan beliau di dalam Kawah Emas akan menambahkan lagi kerancakan jual beli emas Public Gold bersama dealer-dealer Kawah Emas. InsyaAllah.
  Anda boleh menghubungi beliau : h/p 019-4958066 , kawasan Kulim , Bandar Baharu dan Kelantan

Tuesday, December 28, 2010

Harga Emas Naik Malam ni

Graf kenaikan harga emas pukul 10.30 malam 28 Disember 2010)
(klik untuk besarkan)

      Harga emas menyaksikan kenaikan yang ketara selepas mendatar selama beberapa hari. Selepas mengalami sedikit kejatuhan sejurus selepas pasaran di buka selepas Krismas yang menyaksikan penurunan selama 40 minit, selepas itu harga kembali mendaki sehingga ke malam ini. Kawah Emas mengharapkan kenaikan emas lebih dari usd1400 ( harga sekarang usd1403) akan bertahan lama untuk memberi peluang pembeli-pembeli emas mendapat keuntungan hasil dari belian emas terdahulu.

Monday, December 27, 2010

Selamat Datang Dealer Kawah Emas baru

Alhamdulillah.. Kawah Emas telah menerima dealer baru , baru daftar pagi ini. Semoga dengan kedatangannya akan merancakkan lagi Group Kawah Emas. Kawah Emas mendoakan kejayaan beliau dan semua Dealer-dealer yang lain .


Hanizam Salleh Mughtar
Kawasan Kulim, Bandar Baharu  Kedah
h/p 019-4161177
Anda boleh menghubungi Hanizam untuk urusan
Jual beli emas Public Gold .

Saturday, December 25, 2010

Jongkong Emas 250gram Public Gold dilancarkan

New Product Announcement
250g gold bullion bar (Cold Cast Bar) is now available for booking.
 Metal : Au
Weight (g) : 250
Size (WxL,mm) : 34 x 70
Thickness (mm) : 5
Purity : 999.9

Dividen ASB sejak 1992 Dan Graf Kenaikan Emas 2010

(klik untuk besarkan gambar)


Sila tengok dividen ASB sejak tahun 1992... adakan menaik atau menurun.. anda tengok .. anda perhati .. anda buat kesimpulan.. mana lebih untung? ASB atau simpanan emas.. segalanya di tangan anda.


(klik untuk besarkan gambar)

Diatas adalah graf dividen ASB


(klik untuk besarkan gambar)

Ini pula ialah Kenaikan Emas 2010..

dari semua graf di atas..  yang mana satukan pilihan anda??

ANDA TENTUKAN!!!!!!!

Friday, December 24, 2010

Sejarah Dinar Emas dan Dirham Perak

Sejarah Dinar Emas dan Dirham Perak
http://emasdinar.blogspot.com   
Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.
Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.
Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.
Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.
Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.
Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.
Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.
Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.
Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.
Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
 

Thursday, December 23, 2010

Persatuan Ulama Malaysia lancar Kelab Penyokong Dinar

PUM lancar Kelab Penyokong Dinar
Majdan Yahya   
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan rasminya pada hari ini melancarkan Kelab Penyokong Dinar.
Pelancaran itu dilakukan oleh Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, Yang Dipertua PUM sempena Seminar Seminar Minisiri Dinar Emas di Putra World Trade Centre (PWTC).
Menurut Abdul Halim, penubuhan Kelab Penyokong Dinar ini merupakan sebahagian daripada usaha PUM memberi kesedaran kepada orang ramai tentang dinar emas.
 “Untuk merealisasikan usaha memberi kesedaran dan kefahaman menyeluruh kepada masyarakat awam, mengenai peri pentingnya mengembalikan kebangkitan dinar emas dalam muamalah ummah, dan menggerakkan kesedaran tersebut secara dinamik dan berkesan, maka Kelab Penyokong Dinar ini dilancarkan,” ujarnya semasa menyapaikan ucaptama pada seminar itu.
 Seminar sehari ini menampilkan beberapa pembentang iaitu Dr Zahimi Chik (Al-Qafilah International), Khalid Noorshah (Gold Dinar Research Group, Universiti Sains Malaysia),Khairudden Hussin (Muamalah Council), Mazli Alias (Penganalisis Pasaran Ekuiti), Redhuan Oon (Pengasas Adempiere), Abdullah Zaidi Hassan (Penyelidik Perpustakaan Islam Nur Az-Zahrah), Haji Ann Wang Seng (Setiausaha MACMA), Rafidi Hashim (Pendakwah) dan Dr Luqman Abdullah (Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya).
Isu penggunaan dinar emas ini mula menarik perhatian umum apabila Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika menyebutnya secara tidak langsung pada tahun 2003.
Walaupun beliau ketika itu tidak bermaksud dinar dijadikan sebagai matawang, namun langkah-langkah proaktif telah dimulakan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 Pelbagai usaha seperti seminar, forum dan perbincangan telah diadakan. Langkah PAS tersebut mendapat publisiti dan pandangan yang berbeza-beza.
Usaha tersebut tidak terhenti setakat itu, pada 20 September 2006, kerajaan Kelantan telah mencatat sejarah apabila mula menjual kepingan-kepingan dinar dan dirham dan telah digunakan di Pasar Besar Siti Khadijah dan Bazar MPKB, Kota Bharu.
 Oleh hal yang demikian, penubuhan Kelab Penyokong Dinar ini merupakan langkah yang wajar disokong agar penggunaan dinar dan dirham kembali diterima dalam masyarakat hari ini, di samping menjadi alternatif kepada sistem matawang kapitalis.

Sunday, December 19, 2010

KEMBALIKAN KILAUAN DINAR EMAS

Oleh : NOORZIHAN MOHAMED YIN dalam laman web YADIM

Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada di luar negara dengan nilai yang terus menyusut.

Kegemilangannya dilihat terus merudum. Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS. Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.

Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.

Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.

Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram.

Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.

Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.

Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.

Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.

Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.

Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).

Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.

Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi...dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?

The U.S. Dollar Will Collapse in 24 Months

Your Only Hope: Owning Gold and Silver

By Greg McCoach
Friday, December 17th, 2010
Investors have been shuffling currencies around faster than a game of three-card Monte as the true value of world's paper money is being exposed.
But in the end, the only real winners would have walked away from the table long ago, their pockets stuffed with the only currency that really matters: gold.
dec 2010 gold bar small
The consequences of decades of abuse to the system of credit in the United States are coming to a head. And the gray clouds that loom over the skies of the dollar are growing bolder by the day and darker by the minute.
The cold hard fact is I expect the U.S. dollar to ultimately collapse within 24 short months.
This failure will likely push gold prices to over $5,000 an ounce. Meaning that, even at $1,400 an ounce, gold is still dirt cheap.
Every investor should own gold right now as the ultimate store of wealth that will protect hard work and savings.
As the world begins to learn the true nature of the world's funny money, masses of new buyers will come flooding into the gold market. And this surging demand will be the catalyst that launches the price of gold into the stratosphere.
It's pretty simple...
Most investors are unaware, but the gold market is incredibly small.
There have only been about 175,000 tonnes of gold ever mined. That means there is only 0.9 of an ounce of gold for every person on the planet.
That's why they call it precious! Simply owning a single ounce of gold puts you in a much higher global economic class.
When the oceans of fiat money suddenly try to take a part in the gold market, the law of supply and demand will fundamentally force prices much higher.
But don't put all your eggs in the gold basket
While the price of gold will soar and get most of the attention, it's silver that typically outperforms gold, dollar for dollar invested.
In certain instances when gold prices have doubled, the price of silver has outperformed gold by a factor of more than six-to-one!
World Silverdec 2010 small silver
Investment Demand
  • Investment demand for silver has skyrocketed 522% since 2007.
  • World governments are hoarding silver; official sales have plummeted 83% in the past three years.
  • Above-ground silver supplies dropped 86% last year.
  • Industrial demand for silver has increased over the past decade, despite a 236% increase in prices.
The only problem with silver is that it's not as portable as gold.
You can hold $50,000 worth of gold with your two hands cupped in front of you. You could put that gold into your coat pockets and walk down the street without anybody knowing what you are carrying...
On the other hand, $50,000 worth of silver would take a hand truck to move.
Investors should also consider owning silver for the potential use to buy day-to-day items such as bread and prescriptions drugs, preparing for the time the government declares a “bank holiday” as the crisis in the banking sector exacerbates.
During a bank holiday, checks and credit cards will no longer be accepted as payment for goods and services.
For this reason, I also recommend keeping some cash on hand at all times. I'm not recommending stuffing the mattresses; but it's probably smart to keep a few thousand dollars in 1s, 5s, 10s and 20s around the house.
U.S. Silver Eagles would also be very useful in such an event, as they are considered legal tender in the United States and could be used to purchase groceries.
Why lose sleep?
Ownership of gold and silver will become one of the hottest investments on the planet.
The early adopters — those who wisely purchased their positions before the masses come — will sleep well at night while others fret as they watch the purchasing power of their savings evaporate like water in the Sahara.
Good Investing,
Greg McCoach
Editor, Wealth Daily
Investment Director, Mining Speculator and Insider Alert

Friday, December 17, 2010

Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan

Link ke Utusan Malaysia Tentang emas oleh Tun Dr Mahathir ( klik sini )

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.

 Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

 Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.

 "Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,"
 "Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin  menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk emas Geneva Malaysia di sini malam ini.

 Produk emas itu terdiri daripada jongkong pelbagai berat dihasilkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan syariah.

 MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
 Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.

 Beliau berkata orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas yang mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu untuk dimiliki.
 -- BERNAMA

Thursday, December 16, 2010

TIPS MANIPULASI EMAS-Cara cepat tunai haji dgn emas

•    Kos untuk tunaikan haji sekarang adalah sebanyak RM10,000.
•    Mungkin anda merancang untuk tunaikan haji 8 tahun dari sekarang.
•    Harga emas untuk segram pada November 2010  = RM157.55 (RM3,151 / 20 gram)
•    Emas yang anda boleh dapatkan dengan RM10,000 pada November 2010 ialah sebanyak 63 gram
•     (63gram X 157.55 = RM9,925.65)

•    Berdasarkan kepada graf sebelum ini, purata peningkatan harga emas untuk setahun ialah pada kadar 30% – 45%
•    Kita ambil anggaran terendah iaitu sebanyak 25% kenaikan harga emas untuk setahun.
•    8 tahun dari sekarang, anggaran harga untuk emas akan meningkat sebanyak 200% (25% setahun X 8 tahun)
•    Maka, RM157.55 X 200% = 315.10 ditambah dengan harga asal emas RM157.55, menjadikannya RM472.65 untuk segram emas!!
•    Anda ada 63 gram emas, maka 63 gram x RM472.65 = RM29,776.50!!
•    Anda ada emas bernilai RM29,776.50 pada tahun 2018 sedangkan peningkatan kos tunai haji adalah pada kadar 16.5% sahaja untuk 8 tahun (berdasarkan contoh di Kajian Kes).
•    RM10,000 x 16.5% = RM11,650.00 (anggaran kos tunai haji pada 2018)
•    Emas anda bernilai RM29,776.50 pada 2018 sedangkan kos tunai haji pada ketika itu dianggarkan cuma RM11,650.00
•    Setelah ditolak kos tunai haji sebanyak RM11,650, anda ada lebihan wang sebanyak RM18,126.50!!!
•    Anda boleh bawa pasangan anda untuk menunaikan haji bersama-sama tanpa perlu bersusah payah menyimpan wang lagi.. Cuma simpan emas dari sekarang.. Mudah kan

Wednesday, December 1, 2010

Agen Kawah Emas ( Public Gold )

Dealer Public Gold 1 (Kawah Emas )                                               Dealer Public Gold 2 ( Kawah emas )
 Dealer Public Gold 1 (Kawah Emas )                Dealer Public Gold 2 (Kawah Emas )
Mohd Fikri Bin Mat Noh (A 1943)                     Saifullizam bin Ibrahim ( A 2099)
012-5358463                                                      H/P 017-4604447
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang                 Bandar Baharu, Parit Buntar
Kulim, Bukit Mertajam

 




Very Coming Soon Dealer (Kawah Emas)                                                           Very Coming Soon Dealer ( Kawah Emas )
                                                                              
 Dealer Public Gold 3 (Kawah Emas )                 Dealer Public Gold 4 (Kawah Emas )
Mohd Hakimy   (A2646)                                    Mohd Naim Yusuf  ( A                  )
H/P  0149437202                                               H/P  0192526127
Kepala Batas, Pulau Pinang                               Parit Buntar, Perak. Bandar Baharu,
Alor Setar, Bukit Mertajam                               Kulim , Kuala Muda , Kedah

Cara Untuk Membeli Dinar Emas atau Jongkong Public Gold

LANGKAH MUDAH UNTUK ANDA MEMILIKI EMAS!!
1) Pilih jenis EMAS yg anda inginkan:
Dinar : 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar (emas  916 )
Bar : 20g, 50g, 100g, 1kg , Coin : 50 gram (999.9)

( 1 dinar= 4.25 g)

2) Semak harga SELLING emas yg berkenaan di sebelah kanan atau layari website http://www.publicgold.com/ .my (untuk jongkong) atau http://www.publicdinar.com/ untuk dinar emas. ( Harga Emas diupdate setiap 20 minit 24 jam sehari)

3) LOCK harga dgn call/ sms dealer Kawah Emas
Dealer 1 : MOHD FIKRI BIN MAT NOH) H/P 012-5358463
Dealer 2: (SAIFULLIZAM BIN IBRAHIM) H/P 017-4604447
Dealer 3: (MOHD HAKIMY)  H/P 014-9437202
Dealer 4 : (MOHD NAIM BIN MD YUSUF) H/P 019-2526127

4) Bank-in bayaran anda di (simpan resit):
Dealer 1 : May Bank: 107096223961
 (MOHD FIKRI BIN MAT NOH)     
Dealer 2: Maybank : 107069044112 
(SAIFULLIZAM BIN IBRAHIM)    
Dealer 3: Maybank : 
(MOHD HAKIMY)  
Dealer 4 : Maybank :162012583784 
 (MOHD NAIM BIN MD YUSUF) 
Kami akan hantar depan pintu rumah anda sekitar utara semenanjung Malaysia.

5) Sekarang EMAS jadi milik anda. Simpan sebaiknya dan ingat BELI EMAS dapat EMAS. Mudah kan?

6) Balik tunjuk kawan-kawan, keluarga dan jiran-jiran... Sila cadangkan mereka utk hubungi Kawah Emas
7) Untuk Jual semula, sila rujuk harga "We Buy" dan hubungi Kawah Emas.

Kami akan pastikan layanan yang terbaik untuk anda

Produk-Produk Emas Public Gold


Kenapa Anda Perlu Memilih Emas Public Gold??
KEISTIMEWAANNYA.....

*Dikeluarkan dalam bentuk dinar emas (916) dan
jongkong emas(999.9)
*Potongan 5%-6% sahaja
* Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan
sebagainya asalkan berat masih sama
* Boleh tempah dan kunci harga
* Dinilai oleh assayer emas bertauliah
* Disertakan dengan Certificate of Authenticity
* Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen
* Harga dikemaskini setiap 20 minit mengikut harga emas dunia 24 jam

Emas 999.9  20g                                                                 Emas 999.9 50g





Emas 999.9 100g                                                       Emas 999.9 500g



 Syiling Emas 999.9 50g                                                   Dinar Emas ( 1 Dinar ) 916  4.25g


Dinar Emas ( 5 Dinar ) 916  21.25g                 Dinar Emas (10 Dinar ) 916  42.5g

Keratan-keratan akhbar tentang Emas dan Public Gold











Tuesday, November 30, 2010

Mukadimah Kawah Emas

Assalamualaikum...
hari ini 29 November 2010.. terlancarlah blog Kawah Emas khas untuk anda. Kawah Emas dibina untuk memudahkan urusan jual beli emas keluaran Public Gold.
  Sesiapa yang berminat untuk membeli emas keluaran Public Gold seperti Gold Bar atau Dinar emas bolehlah menghubungi dealer-dealer Kawah Emas. Dealer-dealer Kawah Emas adalah Dealer  yang  sah dibawah Public Gold.
 Harga-harga emas boleh dilihat disebelah kanan Blog ini. Harga adalah terkini dikemaskini setiap 20 minit mengkut harga dunia