Monday, April 25, 2011


KENAIKAN HARGA EMAS MELIPUTI BEBERAPA FAKTOR?

APRIL BULL MARKET
Assalammualaikum

Harga emas terus menaik sepanjang minggu di bulan April 2011 tanpa henti. Antara faktor yang menyokong kenaikan ini ialah:
http://syafzmagz.com/wp-content/uploads/2011/02/krisis-mesir.jpg
1. Harga emas ditolak naik disebabkan kebimbangan para pelabur mengenai kadar keberhutangan yang tinggi di Eropah terutama di Greece dan Portugal, kenaikan kadar inflasi, kenaikan harga minyak, anggaran defisit yang besar di Amerika, kejatuhan Dolar Amerika, rusuhan berterusan di Timur Tengah dan Afrika Utara serta pelaburan ke atas keperluan makanan termasuk dana yang tersenarai di Bursa Saham yang sangat mendesak.

Bank pelaburan seperti Goldman Sachs dan Meryl Lynch telah membuat anggaran harga emas dengan harga ramalan USD1690 dalam tempoh 12 bulan dari sekarang.

Rich DeFalco, president of West Cooper Asset Management, it’s easy to see gold going to $1,600 and possibly $2,000 by year’s end.

2. Laporan TD Sekuriti melihat keutamaan terarah kepada emas, kenaikan harga perak diikuti dengan siri pembetulan harga. TD Sekuriti mengesan pencarian keuntungan kini lebih tertumpu kepada emas dan perak. Dianggarkan Perak akan meningkat naik sehingga ke paras USD50/0z dan emas pada USD1600/oz untuk beberapa minggu atau bulan mendatang, Kata seorang penyelidik nota.

Hal ini bersandarkan kepada kekhuatiran ke atas peningkatan hutang Amerika Syarikat, Portugal yang semakin memburuk dan hutang Greek yang tinggi, Kenaikan inflasi yang melemahkan dolar dan kenaikan inflasi diseluruh dunia.

TD Sekuriti menyarankan agar Amerika Syarikat mengetatkan dasar kewangannya dan setiap pembetulan menggunakan emas membolehkan pelabur menggunakannya sebagai lindung nilai terhadap hutang negara, inflasi, dan risiko matawang yang seharusnya menjadi lebih kuat.
3. kenaikan permintaan komoditi logam di China. Data perdagangan negara China sehingga Mac 2011, permintaan ke atas komoditi barangan logam meningkat naik. Laporan Barclay Capital, komoditi minyak walaupun meningkat naik permintaannya tumbuh sebanyak 10.6% setahun. Permintaan tinggi turut berlaku ke atas aluminium, zink dan timah nikel termasuk palladium (100,000 aun). Permintaan aluminium yang tinggi sebanyak 40% kesan daripada pengeluaran semi final.
4. OptionsXpress menyatakan kenaikan harga emas telah memberi kekuatan kepada nilai mata wang dolar Australia yang melonjak tinggi berbanding dolar Amerika. Bangsa yang menghasilkan komoditi mendapat keberuntungan atas gelombang kenaikan harga emas disamping pertumbuhan yang membesar di China iaitu rakan dagang Australia.
Mata wang baru telah menyaingi keperkasaan dolar As dan EURO. Pelabur-pelabur pasaran mata wang mempertingkatkan kebimbangan atas masalah hutang yang membebankan AS dan hutang antara negara-negara Eropah. Atas sokongan suku bunga yang menguntungkan bermakna langkah-langkah mengekang mata wang Australia tidak akan dilakukan.
5. Bank Standard : Emas masih memberi manfaat permintaan lindung nilai. Emas terus mendapat keuntungan berterusan dari permintaan lindung nilai meskipun terdapatnya kebangkitan risiko appetite (nafsu makan) untuk pasaran lain.
Lantunan harga banyak dipengaruhi oleh kebimbangan atas kenaikan inflasi menyebabkan ramai pelabur terkemuka menggunakan emas sebagai alat lindung kekayaan mereka. Ditambah dengan kebimbangan atas situasi hutang di Eropah (spekulasi bahawa penstrukturan semula fiskal Greek akan berlaku hujung minggu ini). Diikuti dengan jalan buntu di Libya meningkatkan lagi kesihatan harga emas selain penerusan harga dolar AS yang semakin melemah.
Walau bagaimanapun bank menasihatkan kita, pasaran relatif tidak cair akan mendominasi menjelang akhir minggu ini.
Comex Jun turut menyaksikan harga emas telah mencapai USD1,509.60 merupakan nota kontrak yang paling aktif.
6. Gartman : Bank Pusat Asia memperlihatkan untuk meningkatkan cadangan pemilikan emas. Bank Pusat Asia dilihat secara diam-diam membeli emas pada margin kerana mereka tahu ia sebagai mata wang simpanan serta ingin mempelbagaikan rezab simpanan selain dolar dan EURO.
Pemilikan emas rasmi China berada pada kedudukan ke-enam dunia mewakili 1.7% dari keseluruhan cadangan emas dunia. Berbanding bank pusat Perancis, Belanda dan Itali rata-rata memiliki 64.3% dari nilai keseluruhan cadangan emas. Dikotomi ini tidak membawa kepada apa-apa keseimbangan tetapi terus menyempitkan bukan kerana Perancis, Belanda dan Itali mengurangkan pegangannya tetapi kerana peningkatan di China.

Kredit : penditaemas.blogspot.com

Thursday, April 21, 2011

Emas Hong Kong catat rekod tertinggi


 


HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.
Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.
Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns
Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.
Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.
Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.
Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns. - Agensi
 sumber :
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm
SEORANG wanita berjalan melintasi sebuah kedai menjual barang kemas di Hong Kong semalam.

Wednesday, April 20, 2011

Emas Pelaburan vs Emas Perhiasan

Assalamualaikum,
Baru-baru ni saya ada terbaca akhbar kosmo, yang mana tajuknya “Kedai emas semakin lengang” . Semuanya gara-gara kenaikkan harga emas yang mendadak sejak akhir-akhir ini.
Percaya atau tidak, secara purata, kenaikkan harga emas adalah sekitar 20-30% setahun, kenaikkan harga emas ini adalah gara-gara ketidakstabilan ekonomi barat  dan juga beberapa faktor lain seperti politik, peperangan dan lain2.
Jom kita baca, apa yang ingin disampaikan oleh akhbar tersebut.

Kedai emas semakin lengang

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.
Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.
“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.
Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.
“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.
Untuk makluman anda semua, tidak pernah sekali pon orang akan cakap harga emas itu murah! Sejak dulu lagi walaupon harga emas adalah dibawah RM100/gram, orang tetap akan kata harga emas mahal.Betul tak ? :)
Walau mahal macam mana sekali pon, walau sedikit saja pembeli emas di kedai emas, kita tak pernah tengok ada kedai emas yang terpaksa tutup mengalami kerugian betui tak?

kredit : inspirasiemas.com

Tuesday, April 19, 2011

URUS KEWANGAN DAN PELABURAN ANDA DGN BETUL !!!!


1- Alhamdulillah, kenaikan harga emas dalam beberapa minggu kebelakangan ini semakin memberikan impak kepada pasaran tempatan. Akhbar2 dan media massa termasuk stesen radio juga turut membincangkan topik kenaikan harga emas yang semakin melonjak. Fenomena kenaikan ini turut di pengaruhi oleh beberapa faktor ekonomi dan bencana alam di jepun.
2- Hasil undian di laman web The Street juga menunjukkan kira2 hampir 50% pengunjung bersetuju bahawa harga emas akan mencecah sekitar $1500 – $1600 / troy ounz menjelang akhir tahun 2011.
3- Tahniah kepada yang telah mula sedar akan manfaat membeli dan menyimpan emas, tetapi masih ramai lagi lapisan masyarakat yang masih belum sedar akan hakikat dan kepentingan ini, membuatkan tugas dan peranan saya masih amat besar untuk membantu orang ramai segera keluar dari kekangan sistem ekonomi kapitalis yang semakin membebankan hidup mereka dari hari ke hari.
4- Apa yang membimbangkan, semakin ramai dari kalangan masyarakat kita yang cenderung untuk melabur di dalam Portfolio Emas, iaitu menyimpan di dalam buku simpanan akaun sebagaimana yang ditawarkan oleh bank2 tempatan ketika ini dan tidak kurang juga semakin ramai yang terjebak dengan skim2 pelaburan yang berasaskan emas.
5- Amat penting untuk kita semua fahami sebelum kita membuat apa2 jenis pelaburan, asas pertama yang kita perlu di titikberatkan ialah soal pengurusan kewangan peribadi kita. Sekiranya kita menghadapi masalah kewangan terutama yang serius, adalah tidak wajar untuk kita memulakan sebarang pelaburan kerana ianya bukanlah cara penyelesaian kepada masalah kita, sebaliknya penyelesaiannya adalah dengan menstruktur semula Rancangan Kewangan kita ( Restructure Financial Plan ).
6- Dan untuk menstruktur semula Financial Plan, kita mestilah menggunakan Wang Sebenar (Real Money) iaitu Emas Fizikal dan bukannya menggunakan Matawang (Currency) yang mana ianya hanyalah helaian2 kertas yang diletakkan nilai diatasnya dan tidak bernilai sama sekali.
7- Justeru, temuilah individu yang betul, yang mampu membimbing anda mengurus semula kewangan sebelum anda mula melabur. Pastikan anda bertemu dengan penasihat yang sebenar, dan jangan terkeliru diantara penasihat kewangan & pelaburan dan seorang salesman.
8- Perkara pertama yang saya akan tanya kepada individu yang ingin mula melabur terutamanya dengan membeli emas fizikal adalah berkenaan kedudukan kewangannya, kemudian barulah saya menjelaskan berkenaan Rancangan Pelaburan (Investment Plan).

Thursday, April 14, 2011

Lonjakan harga emas




LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

sumber : KOSMO 14 APRIL 2011
HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan

Wednesday, April 13, 2011

MENGAPA HARGA EMAS BERBEZA-BEZA?


1- Ramai diantara pengunjung blog dan ada juga dikalangan Dealer2 saya sendiri yang bertanyakan soalan ini. Lebih2 lagi kepada yang baru berjinak2 di dalam dunia pelaburan emas fizikal, perbezaan harga emas yang dilihat di dalam TV atau akhbar membuatkan mereka merasa ragu2 untuk membeli emas kerana merasakan harganya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan yang dilihat di kaca TV.
2- Harga emas fizikal sebenarnya tidak mempunyai harga Siling, iaitu ianya tiada harga maksimum, tetapi ianya mempunyai harga Lantai atau harga Minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah2 yang kebiasaannya boleh dirujuk di laman web “kitco.com”. Harga ini hanyalah angka/indeks yang di dagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.
3- Justeru, apabila ianya dizahirkan didalam bentuk fizikal, sudah pasti terdapat beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Labour Cost, Security dll kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas fizikal tersebut. Kebiasaannya, syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran di dalam bidang yang terlibat seperti Public Gold, akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.
4- Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah kepada pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi.
5- Disebabkan faktor2 ini juga banyak syarikat yang baru muncul di Malaysia pada ketika ini menjual emas secara Trading, iaitu mereka mengimport emas dari luar secara pukal dan terus menjualnya kepada pembeli atau Dealer mereka tanpa perlu menanggung kos2 tambahan tersebut. Kebiasaannya, disebabkan mereka mahu produk tersebut dijual dengan cepat bagi mengelakkan risiko kerugian, mereka akan menjualnya pada harga yang lebih rendah dan mengenakan kadar spread (beza harga jual/beli) yang lebih tinggi bagi mengaut lebih banyak keuntungan.

Friday, April 8, 2011

Sekilas Sejarah Mata Wang Dunia

 

1879 Sistem kewangan dunia kembali kepada piawaian emas.

1914 penggunaan piawai emas dibatalkan kerana banyak negara yang terlibat dalam Perang Dunia I mencetak mata wang lebih banyak dari simpanan emas yang dimilikinya.

1933 FD Roosevelt dilantik menjadi presiden ketika AS mengalami Great Depression, ia memperkenalkan beberapa langkah reformasi sosial dan ekonomi. Ia membatalkan piawai emas dan mengarahkan untuk mencairkan semula 500,000 keping wang emas bernilai USD 20 setiap satu. 

1 Julai 1944 Perjanjian Bretton Woods di AS. Negara-negara sekutu bersepakat untuk menstabilkan semula kadar tukaran setelah Perang Dunia II. Kerajaan Amerika berjanji kepada rakyatnya dan orang luar bahawa Amerika akan menukar wang kertas USD 35 dengan 1 auns emas. Perjanjian ini juga menyepakati bahawa pencetakan mata wang sesebuah negara berdasarkan rizab emas, dan dolar dijadikan sebagai piawai semua mata wang dunia. 

15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya membatalkan perjanjian Bretton Woods dengan mengamalkan mencetak lebih banyak wang bagi membiayai ekonominya. Sistim kewangan dunia diubah, mata wang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu dari rizab mata wang asing yang dimilikinya. Dunia mengamalkan fiat money sahaja. 

Pemansuhan nilai tara USD kepada emas inilah yang merupakan punca krisis dolar yang meluas. Sejak saat inilah mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya hanya dalam USD, tentunya dengan kadar bunga tertentu, misalnya IMF menetapkan antara 15-20%. Ini adalah perangkap negara maju sehingga boleh terus mengeksploitasi negara miskin. 

Penggunaan wang fiat diperkenalkan oleh negara kolonialis untuk memanipulasi pasaran wang dunia dan menjadi alat penjajahan. Fakta bahawa negara-negara ini masih mempunyai simpanan emas yang banyak tetapi berpakat untuk tidak menjual atau memajakkan emasnya semakin memperkuat persangkaan kita bahawa wang fiat adalah alat penjajahan. Ada maklumat bahawa mulai Jun 2001 Rusia telah mencetak wang emas sebagai legal tender, ia juga telah mula menjual dolar dan menimbun simpanan emasnya.

Sekilas Sejarah Mata Wang Malaysia

 

1899 - Matawang kertas pertama diterbitkan oleh Kerajaan, disandarkan kepada surat jaminan dan logam perak 

1906 - Kerajaan menyandarkan matawang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Tiap 1 dolar selat setara dengan 2 sterling dan 4 dime, dan 60 dolar selat setara dengan 7 wang mas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Dengan demikian tiap keping wang mas setara dengan 20 sterling. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada Kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya.

1954 - Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada dolar selat (logam) yang kemudiannya diganti dolar Malaya.

1958 - Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk pencetakan mata wang.

1967 - Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia menggantikan dolar.

1975 - Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama.

1998 - Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM 3.8 untuk setiap 1 USD