Sunday, February 20, 2011

Pilihan Simpanan 2011

PILIHAN 2011.SIMPANAN ASB, EMAS ATAU PERAK?


ANDA TELAH BUAT PILIHAN?
ASB, Emas ATAU Perak
Salam sejahtera, mulai 3 Januari 2011 anda dah boleh keluarkan dividen ASB anda. Apakah hala tuju simpanan anda tahun 2011 ini. Semoga artikel dibawah membantu anda memilih . Selamat membaca dan membuat pilihan. Hubungi 013-7989487 utk keterangan lanjut.
1. AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

“PNB isytihar dividen dividen ASB 7.50sen, Bonus 1.25sen” – BERNAMA
Alhamdulillah, Permodalan Nasional berhad sudah isytihar dividen dan bonus untuk ASB untuk tahun 2010 sebanyak 8.75%. Andai simpanan ASB anda RM10,000, maka jumlah yang anda perolehi ialah RM875, pengiraan mudah. Saya juga antara pelabur yang meyimpan wang didalam akaun ASB. Dari segi keselamatan, memang terjamin dan dari segi pengurusan pula, anda tidak perlu pening kepala untuk monitoring saham setiap masa kerana semuanya diuruskan oleh pihak berwajib PNB.
Apa yang anda perlu buat ialah simpan duit anda didalam akaun ASB anda.
Analisa Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1991 sehingga 2010.

2. EMAS

Pantas masa berlalu, penghujung tahun sudah tiba. Mungkin inilah masa terbaik untuk anda membuat analisis tentang kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang. Apa jua yang berada di dunia ini mengalami turun dan naiknya. Alam juga tidak lari dari pasang surut airnya, siang dan malamnya. Kali ini, saya hanya membuat sedikit analisis tentang emas.
Dalam pemerhatian saya, kenaikan harga emas dari awal tahun 2010 hingga akhir tahun 2010 amat menarik. Kalau mengikut sumber dari GoldPrice History, purata kenaikan harga emas ialah 26.23%. Bagi saya, kenaikan ini sudah mengatasi pulangan ASB yang hanya 8.75% setahun. Eh, kalau simpan duit dalam bentuk emas bagus jugak ya.

Analisa Kenaikan Harga Emas Jan 2010 sehingga Disember 2010 – Sumber GoldPrice.org
3. PERAK

Mungkin ramai tidak menyedari potensi perak ( silver) kerana murah dan dianggap tidak bernilai seperti emas. Tetapi bagi mereka yang sudah mengkaji dari awal potensi emas dan perak, sudah tentu perak menjadi pilihan mereka. Kalau aku inform kat sini kenaikan harga perak mengatasi emas dan ASB, korang percaya?
Menurut sumber SilverPrice History, kenaikan harga perak pada tahun 2010 ialah 70.68%, saya juga tidak percaya dengan kenaikan ini, tetapi selepas membuat sedikit kajian dan analisa, memang ternyata kenaikan harga perak mencapai 70% pada akhir tahun 2010. Sekiranya anda membeli perak dengan harga RM1000 pada awal tahun, hari ini sudah bernilai RM1700, patut la orang asyik highlight dekat saya tentang emas dan perak penyimpan nilai terbaik.

Analisa kenaikan harga perak Jan 2010 sehingga Desember 2010 – Sumber SilverPrice.org
Pilihan ditangan anda untuk menyimpan wang dalam bentuk aset stok (saham) , aset fizikal, atau letak duit bawah bantal. Dengan penjelasan diatas, mungkin dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat, dengan sedikit usaha anda untuk mencari maklumat yang lebih terperinci, anda mampu untuk membuat pilihan yang tepat. Satu nasihat dari saya, pelaburan yang akan anda pilih semestinya halal dan tidak terlibat dengan sesuatu yang meragukan. Saya sendiri pelbagaikan cara simpanan duit iaitu dalam bentuk emas, perak dan simpanan ASB.
Wassalam.
p/s : ASB 8.75%, emas 26%, perak 70%, pilih baik2 ya..

kredit :barakahemas999.com

Negara Pembeli Emas Tertinggi

Berita Emas: Negara Pembeli Emas Tertinggi 2010

emas pelaburan Berita Emas: Negara Pembeli Emas Tertinggi 2010
Statistik terbaru dari World Gold Council menunjukkan negara dari Asia dan Timur Tengah masih menguasaai pembelian emas seluruh dunia pada 2010. Ini adalah senarai negara-negara dengan permintaan emas terbesar dunia.
India
India mempunyai permintaan pelanggan tertinggi untuk emas pada tahun 2010. India membeli 963,1 tan daripada logam tersebut, bernilai $ 38.1bn (£ 23.4bn).
Faktor utama di sebalik permintaan India adalah perhiasan, dengan peningkatan 47% pada Q4 2010 berbanding Q4 2009. Hal ini didorong oleh perayaan Diwali, pengambilan emas terbesar di India.
China
China terletak di tempat kedua di dalam hal permintaan emas, meskipun bila digabungkan dengan permintaan dari Tanah Besar, dengan mudah duduk di posisi teratas.
Permintaan pelanggan adalah bernilai $ 24bn untuk tahun 2010, dengan permintaan di Tanah Besar (peringkat di tempat ketiga) bernilai $ 23bn tahun lalu..
Amerika Syarikat
Rantai emas kelihatan dijual di Daerah Diamond Manhattan di New York City. permintaan AS untuk perhiasan emas telah menurun selama 10 tahun terakhir, sementara permintaan emas untuk pelaburan telah meningkat. Permintaan terdiri dari233,3 tan pada tahun 2010, dengan nilai $ 9.4bn.
Negara-negara lain dalam senarai tersebut ialah German ($5.04bn), Turki ($4.5bn), Switzerland ($3,6bn), Arab Saudi ($3.4bn), Vietnam ($3.2bn) dan akhri sekali UAE dengan $2.8bn.