Sunday, February 13, 2011

Dua Faktor Penanda Aras Ekonomi Semasa

Pergerakan harga emas dan perak disepanjang minggu ini berada dalam keadaan Ranging/Sideways. Pergerakan seperti ini kebiasaannya berlaku pada setiap minggu pertama di setiap bulan.
Pada minggu ini, Pengerusi Federal Reserve, Fed Bernanke, akan mengumumkan beberapa berita penting yang menjadi penanda aras ekonomi semasa di U.S, iaitu:
1- Berita Non-Farm Payroll
Berita yang akan diumumkan ialah berkenaan jumlah pendapatan rakyat di U.S di sepanjang bulan Januari, bagi pekerja dalam sektor selain pertanian/agrikultur. Sekiranya jumlah bayaran yang bakal diumumkan melebihi jumlah sasaran, bermakna pendapatan dan kuasa beli rakyat Amerika semakin bertambah. Kesannya akan memberikan impak positif kepada U.S, sekaligus menyokong kepada pengukuhan nilai Dollar dan menyebabkan penurunan harga semasa emas di pasaran dunia dan sebaliknya.

Pengerusi Federal Reserve, Fed Bernanke
2- Berita Unemployment Rate
Berita ini adalah berkaitan dengan kadar pengangguran di U.S bagi bulan Januari. Seperti yang kita semua telah sedia maklum, jika kadar pengangguran yang bakal diumumkan lebih rendah berbanding kadar yang disasarkan, ianya menunjukkan rakyat mempunyai wang untuk berbelanja dan aktiviti ini akan membantu dalam memacu semula pertumbuhan ekonomi di U.S sekaligus menyebabkan penurunan harga semasa emas di pasaran dunia dan sebaliknya.

kredit: barakahemas999.com