Wednesday, March 23, 2011

Terkini, Penuh Sensasi…Pejabat Pos Di India Pun Menjual Syiling Emas…Laris Pula Tu

23 Mac 2011, MUMBAI – Sebanyak 466 Pejabat Pos Di seluruh India menjual syiling emas 24 karat dan ianya seperti pisang goreng panas. Penduduk di India membeli dalam jumlah syiling yang kecil dalam persediaan memberikan hadiah semasa musim perayaan. Ianya telah melonjakkan lagi permintaan emas. Syiling-syiling emas tersebut di buat oleh Valcambi di Switzerland. Dengan penjualan syiling-syiling emas pendapatan dan perkhidmatan Pejabat Pos telah meningkat. Generasi muda adalah peminat syiling-syiling emas yang paling tinggi.
Bermula Oktober 2008 Pejabat Pos telah menjual syiling emas setengah gram, satu gram, 5 gram dan 8 gramdi lebih daripada 100 pejabat pos di Delhi, Tamil Nadu, Maharashtra dan Gujarat. Inisiatif ini kemudian diperkenalkan di Punjab, Andhra Pradesh dan Rajasthan. Pejabat Pos juga memberikan diskaun sebanyak 5% semasa musim perayaan mendorong rakyat India membeli syiling-syiling emas tersebut. Untuk menambat hati rakyat India, Pejabat pos juga telah menjual emas 5%  sehingga 7% lebih murah berbanding dari bank seperti ICICI Bank, Axis dan HDFC Bank.momentum pertumbuhan.
Sumber: http://www.mineweb.com/mineweb/view/mineweb/en/page33?oid=123382&sn=Detail&pid=102055