Sunday, June 10, 2012

Belilah Emas sekarang

Anda dah mula beli Emas? kalau belum beli, baik anda beli sekarang! Bandingkan harga Emas sekarang ini dengan posting saya sebelum ini DI SINI.

Graf yang saya post sebelum ini
Graf Harga Sekarang, Harga Emas melonjak naik 3.25% pada Jumaat lepas
Jika anda perhatikan, harga Emas sekarang ini sedang membentuk Chart Pattern yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008, ketika berlakunya krisis Sub Prima di Amerika, dan untuk tahun ini Pattern yang sama terbentuk disebabkan oleh krisis Zon Euro.

Pattern yang dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu "Continuation Pattern", dan kebiasaannya harga akan gagal kira2 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira2 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.

Selepas percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 masih gagal, maka sekarang ini harga terus naik semula dan dijangka akan melepasi garisan merah condong diatasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.

Dan biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.

Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk. Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 - 2010 iaitu kenaikan sekitar 180% dengan kemungkinan pendakian sehingga ke tahun 2015.

kredit: http://www.pelaburjutawan.com/

No comments:

Post a Comment