Emas Pelaburan vs Emas Perhiasan
Assalamualaikum,Baru-baru ni saya ada terbaca akhbar kosmo, yang mana tajuknya “Kedai emas semakin lengang” . Semuanya gara-gara kenaikkan harga emas yang mendadak sejak akhir-akhir ini.
Percaya atau tidak, secara purata, kenaikkan harga emas adalah sekitar 20-30% setahun, kenaikkan harga emas ini adalah gara-gara ketidakstabilan ekonomi barat dan juga beberapa faktor lain seperti politik, peperangan dan lain2.
Jom kita baca, apa yang ingin disampaikan oleh akhbar tersebut.
Walau mahal macam mana sekali pon, walau sedikit saja pembeli emas di kedai emas, kita tak pernah tengok ada kedai emas yang terpaksa tutup mengalami kerugian betui tak?
kredit : inspirasiemas.com

Untuk makluman anda semua, tidak pernah sekali pon orang akan cakap harga emas itu murah! Sejak dulu lagi walaupon harga emas adalah dibawah RM100/gram, orang tetap akan kata harga emas mahal.Betul tak ?Kedai emas semakin lengang
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my
KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.
Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.
“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.
Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.
“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.
Walau mahal macam mana sekali pon, walau sedikit saja pembeli emas di kedai emas, kita tak pernah tengok ada kedai emas yang terpaksa tutup mengalami kerugian betui tak?
kredit : inspirasiemas.com
No comments:
Post a Comment