Harga Gold & Silver Kembali Mendaki.
Alhamdulillah…
Setelah harga Gold & Silver menunjukkan penurunan beberapa minggu yang lalu, kini ianya kembali menunjukkan tanda2 pendakian semula ekoran kebimbangan orang ramai berkenaan krisis kewangan yang melanda Eropah dan juga peningkatan permintaan ke atas komoditi berharga ini oleh Republik China.
Goldman & Sachs yang menyarankan kepada pelabur agar mengambil posisi Sell / Short untuk komoditi minyak dan copper pada bulan lepas, kini menasihatkan kepada pelabur agar kembali mengambil posisi Buy / Long keatas komoditi ini berikutan jangkaan harganya akan kembali melonjak di pasaran dunia.
Harga minyak selaku petanda aras utama bagi kesemua harga komoditi dijangka akan mencecah ke paras $120 setiap tong. Kenaikan harga komoditi ini pastinya akan diikuti oleh kenaikan lain2 komoditi termasuk harga Gold & Silver.
Kepada para pembaca yang masih belum membeli emas, anda seharusnya bimbang mengenai fenomena ini kerana apabila harga minyak naik, harga barangan keperluan asas & perkhidmatan juga turut naik. Sebagai gambaran, jika sekarang kos perbelanjaan seisi rumah anda RM1000 sebulan, selepas berlaku kenaikan harga minyak perbelanjaan anda akan meningkat kepada RM1300 sebulan.
Bermakna anda perlu mengambil sebanyak RM300 dari wang simpanan anda (jika mempunyai simpanan) untuk menampung perbelanjaan bulanan anda. Seandainya anda tidak mempunyai sebarang simpanan, maka anda terpaksa bekerja lebih masa atau membuat kerja2 sampingan yang lain. Amat menyedihkan kerana kerja keras anda ini bukannya membantu untuk anda menjadi lebih kaya, tetapi sekadar untuk menampung perbelanjaan bulanan yang semakin meningkat. Kerja semakin teruk, taraf hidup masih sama!
Situasinya berbeza bagi si penyimpan emas, kerana apabila harga minyak naik, maka harga emas juga turut naik. jika sekarang harga 1 Dinar RM700, dengan kenaikan harga minyak dan diikuti oleh harga emas, ianya mungkin mencecah sehingga kepada RM850 untuk 1 Dinar. Kuasa beli anda tidak berkurang, anda tidak perlu bekerja lebih masa untuk menampung kos perbelanjaan bulanan. Setiap bulan anda menjual Dinar yang anda simpan untuk menampung perbelanjaan anda, dan ianya lebih daripada cukup meskipun harga barang juga turut meningkat.
kredit: barakahemas999.com
No comments:
Post a Comment