Wednesday, March 30, 2011

ROYALTI EMAS

KUALA LIPIS 28 Okt. – Kerajaan Pahang menerima royalti sehingga RM130 juta setahun hasil perlombongan emas daripada empat syarikat yang beroperasi di negeri itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, royalti yang diterima itu merupakan lima peratus daripada hasil pendapatan kasar dua syarikat perlombongan emas di Lipis dan masing-masing satu di Rompin dan Raub.
“Walaupun royalti yang diterima itu tidak besar tetapi kewujudan aktiviti melombong emas di Pahang telah memberikan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.
“Kita juga mahu menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat lain untuk datang melabur ke Pahang dengan hanya mengambil royalti sebanyak lima peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan syarikat perlombongan emas Selinsing Gold Mine Manager Sdn. Bhd. di Sungai Koyan, dekat sini hari ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment