Minggu ini merupakan minggu kegemaran Pendita kerana harga emas dunia telah merudum, mempengaruhi semua harga emas domestik. Ini disebabkan permintaan emas dunia sedikit mengecut dan berlaku pengambilan untung secara kecil-kecilan atau untung jangka pendek. Mereka memikirkan dapat untung 20sen setiap grampun tidak mengapa.
Pelabur-pelabur sudah pasti merasa aman kerana emas telah dimiliki. Emas dicairkan dan pelaburan dalam saham menjadi keutamaan. Tujuannya mudah iaitu membuat keuntungan 300% atas pelaburan yang labur.
Awal tahun memang unik. Ia menjadi tempoh masa perlaksanaan rancangan yang telah di bekukan selama 3, 5 atau 10 tahun. Sebagai contoh, berapa lama harga sayur-sayuran tidak dinaikkan. Tiba-tiba dalam berita harga bawang besar naik 100%.
Bilakah perancangan ini dibuat? Sudah tentu tahun lepas. Walau bagaimanapun petani yang untung. Mereka telah dimaklumkan awal-awal bahawa baja akan naik awal tahun.
Mengapa harga saham naik pada awal tahun?
1. Trend pasaran saham dunia dari masa lalu hingga masa kini, permulaan tahun memang menjadi turning point untuk melihat kembali pasaran saham terutama kenaikan harga saham-saham utama domestik dan dunia. Pump in wang berlaku mencurah-curah diketika ini. Maka berlakulah pemanasan dan pemeluwapan harga saham yang aktif.
2. Tahun baru merupakan masa untuk membesarkan keuntungan diterima atas pelaburan yang dilakukan pada tahun lepas. Ini bermakna, dengan keuntungan yang ada ramai pelabur cuba melipat gandakan wang yang diterima lebih menguntungkan lagi. Pembelian saham pilihan yang tepat.
3. Harga-harga saham juga bergantung kepada perlaksanaan dasar-dasar yang telah disepakati oleh kerajaan pada tahun lepas. Dasar cukai, atau apa sahaja instrument yang melibatkan ekonomi jika positif mencetuskan kemakmuran pasaran saham.
4. Faktor ekonomi global juga membantu meningkatkan harga saham. Di mana perbicaraan ekonomi pilihan menjadi topik utama, maka kaunter berkenaan pasti melatop.
So marilah kita berkata ya, harga emas merudum disebabkan kenaikan harga saham.
Kredit: Artikel ini di ambil dari blog pendita emas 999
No comments:
Post a Comment